“Isteri ada empat orang anak, saya pula miliki lima cahaya mata. Jadi kami ada sembilan orang anaklah.” Demikian kata penyanyi dan komposer Zul 2 By 2 apabila ditanya mengenai perancangan zuriat selepas mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya, Intan Maya, 39.
Zul, 50, atau nama sebenarnya Zulkifli Majid bagaimanapun tidak menolak rezeki anak meski masing-masing sudah pun memiliki cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.
“Zul ada seloroh kalau boleh mahu kembar memandangkan saya turut dikurniakan pasangan kembar sebelum ini. Apa pun kami tidak merancang. Kalau ada, kami bersyukur,” kata Intan yang juga bekas anggota kumpulan The Girls kepada MH.
Zul dan Intan ditemui pada Majlis Penutup Program Kasih 22 Hari Mesra Gelandangan Di Alka Ria, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, pada Selasa.
View this post on Instagram
Sementara itu, Zul turut meluahkan rasa syukur apabila perkahwinan kedua mereka dipermudahkan.
“Kalau nak diikutkan, sudah lebih empat tahun saya menduda sebelum kembali bergelar suami kira-kira sebulan lalu. Sebelum ini hati belum terbuka, akan tetapi bila kami bertemu pada Ramadan tahun lalu, perasaan itu hadir.
“Banyak ciri-ciri yang ada padanya membuatkan saya tertarik. Dia juga pandai masak. Saya harap dengan perkahwinan kali ini, biarlah ia menjadi yang terakhir. Masing-masing sudah ada pengalaman baik yang manis atau sebaliknya. Jadi kita jadikan apa yang pernah dilalui sebagai iktibar.
“Kami kenal pun sudah lama cuma waktu itu tidak lebih sebagai rakan artis sahaja. Dia bersama kumpulan The Girls dan saya anggota 2 By 2. Selepas itu sekitar April tahun lalu, saya tegurnya pada satu majlis dan sejak itu kami mulai rapat. Daripada situ timbulnya keserasian,” katanya lagi.
View this post on Instagram
Pasangan selebriti ini selamat diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri di masjid Taming Jaya, Balakong pada 22 Februari lalu.
Sebelum mendirikan rumah tangga, Zul dan Intan terlebih dulu mengikat tali pertunangan pada Jun 2021.
Zul bersama kumpulan 2 By 2 yang sinonim menerusi lagu duet Kau Mawarku bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza sebelum ini berkahwin dengan dengan penyanyi, Ismaliza Ismail atau Isma AF7 sebelum mereka berpisah pada 2018.
View this post on Instagram
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
https://youtu.be/7MakqUyGT-8
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI