Vokalis kumpulan Drama Band, Aepul Roza memberi tahu bahawa isterinya yang juga merupakan seorang penyanyi, Leez Rosli telah mengalami serangan panik semalam.
Bagaimanapun, Aepul menjelaskan, keadaan terkini isterinya baik-baik sahaja selepas dibawa berjumpa dengan doktor.
“Outpatient je. Alhamdulillah. Panic attack/ anxiety, doctor kata. Not to be taken lightly.
“Apa ni sakit pun cantik,” kongsinya di laman Instagram.
Tidak lama kemudian, menerusi laman Twitter, Aepul sekali lagi memberitahu isterinya telah mengalami serangan panik buat kali yang kedua.
Numun, Aepul menjelaskan keadaan ketika itu lebih terkawal jika dibandingkan dengan serangan sebelumnya.
She just got her 2nd attack in a day.
But we know how to control it now. #Aepuleez 1-1 #Anxiety.
😎— Aepul Roza (@AepulRoza) April 9, 2020
“She just got her second attack in a day.
“But we know how to control it now. #Aepuleez 1-1 #Anxiety,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa risau selain turut mendoakan semoga Leez kembali pulih seperti biasa.
Terdahulu, pasangan tersebut telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 27 Disember 2014 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: Instagram & Twitter Aepul Roza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI