Tahniah diucapkan buat penari profesional, Alam Wakaka yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi.
Istimewa sebagai ‘hadiah’ hari jadi yang ke-35, berita gembira itu disampaikan isterinya, Nurul Alisya Najwa Hazman menerusi hantaran terkini di Instagram, pada Selasa.
Sambil berkongsi keterujaan kerana bakal melahirkan anak sulung mereka, Alisya turut mengucapkan terima kasih atas bahtera perkahwinan yang dibina.
“Allahhuakhbar!! Laillahailallah!! Syukur alhamdulillah atas rezekii yang Allah bagi pada kami, happy birthday suamiku, hadiah yang paling berharga untuk sayang yang ke 35 tahun.
“Semoga sayang, i and anak dalam kandungan sihat selalu. Terima kasih buat segala galanya, susah senang bersama, sentiasa happykan i. Love you sayang! Happy birthday again,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian tersebut lantas menerima perhatian peminat dan teman rapat yang turut sama tumpang gembira sambil melayangkan ucapan tahniah buat mereka berdua.
Ads
Alam turut berkongsi foto sama menerusi akaun Instagram miliknya.
Untuk rekod, Alam atau nama sebenarnya, Haslam Abdul Rahman mendirikan rumah tangga bersama Alisya pada 7 Mac lalu.
Alam sebelum ini pernah menjuarai program realiti tarian, So You Think You Can Dance musim pertama pada 2009 selain turut membintangi filem Sayang You Can Dance dan drama realiti, Alam’s Story.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Aina Abdul mendedahkan persembahan yang menampilkan elemen awan dan serba putih di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) malam tadi menelan belanja hampir RM90,000 keseluruhan.
Mengakui sanggup berhabis demi karya berkenaan, Aina berkata dia berbuat demikian kerana kepuasan selain mahu memberikan yang terbaik buat peminat dan ‘keluarga besar’ Aina Abdul Entertainment.
“Untuk AJL37 memang saya tidak menafikan saya berhabis banyak. Tapi kerana… tak tahulah saya macam ada instinct Terus Hidup ini sesuatu yang istimewa dalam hidup saya.
“Jadi perbelanjaan hari ini merangkumi persalinan, props awan dan segalanya yang anda lihat tadi. Akan tetapi pada tahap ini saya mahukan sesuatu hasil yang berbaloi dalam kerjaya.
“Saya sedar untuk itu saya perlu buat pelaburan untuk diri sendiri, malah saya turut membawa semangat ‘team’ saya yang ramai. Hari ini sahaja misalnya dalam 30 orang.
“Semangat merekalah yang membawa saya ke sini. Saya sudah dikurniakan rezeki dan ada ruang untuk ‘invest’ dalam persembahan ini, alhamdulilah,” katanya.
Pemenang Vokal Terbaik itu juga turut mengulas mengenai konsep persembahan merupakan simbolik buat bapanya yang telah pergi menghadap Illahi.
“Saya memutuskan untuk memilih tema awan selepas pulang dari bercuti. Ketika itu, sepanjang berada dalam kapal terbang, saya dapat melihat kepulan awan yang bergelora ada juga dalam keadaan tenang kemudian.
“Di kesempatan itu saya berpeluang untuk berfikir panjang. Tetapi, saya juga mendedikasikan persembahan Terus Hidup ini kepada arwah ayah saya, Abdul Ghani Abdullah.
“Awan yang tertera di atas pentas itu merupakan simbolik kepada orang yang sudah tiada, yang tidak dapat dikawal oleh seorang manusia biasa,” katanya lagi.
Karya Terus Hidup adalah ciptaan sepenuhnya Aina sekaligus mengetepikan cabaran 11 lagu lain yang bertanding.
Hasil kemenangan, Terus Hidup membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi termasuk RM12,000 bagi Anugerah Vokal Terbaik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Janna Nick sering berkongsi dengan memberi pendedahan serta pengetahuan berkenaan kesihatan mental menerusi media sosial.
Terkait dengan dirinya yang sebelum, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner sebolehnya mahu apa yang dikongsikan mampu beri kesedaran perihal perkara terbabit.
Lalu dia pada masa sama berharap orang ramai lebih peka seterusnya menghulurkan bantuan buat mereka yang mengalami masalah berkaitan.
“Love yourself & stop blaming yourself. You are ENOUGH. As someone who has undergone psychiatric treatment and is taking medication prescribed by a doctor, I openly share my story so that people are more aware that help is available.
“I hope someday, mental health and mental illness will be treated the same way as physical health. The challenges we have is part of our experience to grow as a human being,and that is ok.
“I hope my story will help to inspire people who are struggling #mentalhealthawareness #realtalk #samasamasupport,” tulisnya meneusi satu entri di Instagram.
Hujung minggu ini, pusat beli-belah Sunway Pyramid akan menjadi lokasi wajib singgah bagi semua peminat dunia hiburan tanah air dan juga antarabangsa.
Astro bakal membawakan acara epik #ONEAstroFanFest yang menampilkan gabungan bintang Korea yang memukau dan selebriti popular tempatan yang penuh bakat, selain pelbagai aktivti interaktif yang menarik.
Acara yang bakal berlangsung bermula 22 hingga 24 November di Orange Concourse, jam 11 pagi hingga 8 malam ini menjanjikan pengalaman yang menarik buat semua pengunjung.
Hari Bersama Bintang
Pada Sabtu, 23 November, festival ini bakal dimeriahkan dengan kemunculan bintang hebat Korea dan Malaysia. Peminat drama Korea pasti tidak sabar untuk bertemu dengan bintang terkenal, Yeo Jin Goo, yang akan hadir memeriahkan festival ini sekaligus bakal mengadakan sesi meet and greet pada jam lima petang.
Selain itu, pelakon-pelakon dari filem Kahar: Kapla High Council seperti Amir Ahnaf, Aedy Ashraf, Fazziq Muqris, Sky Iskandar, Thompson dan Khenobu akan turut berada di pentas sebagai kemunculan istimewa sempena dengan tayangan filem itu di pawagam tidak lama lagi.
Tidak cukup dengan itu, barisan selebriti popular seperti Mierul Aiman, Naim Daniel, Kimberly Chuah, Shasha Abedul, Firdaus Rahmat, dan Izzy Farhanah akan hadir untuk bertemu peminat. Acara hari ini dijamin lebih meriah dengan gandingan hos ceria Munabella dan Sean Lee.
Oh tidak dilupakan! Bintang-bintang otai dari Gegar Vaganza 2024 akan muncul untuk pembuat persembahan pembukaan istimewa! Menarik bukan?
Keriangan Diteruskan
Pada hari terakhir festival ini, suasana semakin memuncak dengan persembahan tarian Kpop khas oleh GOXUAN yang pasti memukau mata anda. Anda juga berpeluang bertemu pelakon-pelakon daripada drama viral Kelas Tahanan Cikgu Hiragi, seperti Nadhir Nasar, Evertts Gomes, dan Arabella Ellen.
Sebagai pelengkap acara, barisan selebriti drama Astro seperti Alvin Chong, Siti Khadijah, Amar Baharin, Siti Elizad dan Sharifah Husna turut hadir untuk menjadikan pengalaman ini sesuatu yang tidak dapat dilupakan.
Selain bertemu dengan bintang terkenal, kemeriahan selama tiga hari ini akan diserikan dengan permainan menarik seperti, Finish the Lyrics, K-Drama Super Fan dan Pictionary K-Edition.
#ONEAstroFanFest bukan sekadar festival hiburan biasa. Ia adalah peluang keemasan untuk peminat bertemu dengan bintang kesayangan mereka secara dekat, menyaksikan persembahan eksklusif, dan menikmati aktiviti-aktiviti menarik sepanjang tiga hari.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara ini. Save the date dan bersiap untuk menikmati hujung minggu yang penuh keterujaan di Sunway Pyramid!
Muat turun My Astro sekarang untuk peluang memenangi sesi bergambar dengan Yeo Jin Goo. Peraduan berakhir pada 20 Nov. Belum jadi pelanggan Astro? Langgan pakej Astro sekarang dari RM41.99 sahaja (harga asal RM59.99) dengan pemasangan percuma. Lawati astro.com.my untuk
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!