“Isteri Alami Pendarahan Khamis Lalu, Doktor Sahkan Memang Dah Gugur,” – Nabil Ahmad & Zira Reda, Anggap Tiada Rezeki

Share

Hos dan pelawak, Nabil Ahmad mendedahkan isterinya, Nazirah Ayub mengalami keguguran anak keempat mereka selepas berlaku pendarahan pada Khamis.

Menurut Nabil, 38, dia dan isteri reda dengan kehilangan tersebut biarpun kandungan isterinya sudah memasuki usia tiga bulan, petik laporan mStar.

Jelasnya lagi, dia mendapat tahu isteri mengandung dua minggu lalu dan keguguran turut disahkan doktor.

“Saya tahu isteri hamil dua minggu lalu dan usia kandungan pun dah masuk tiga bulan. Isteri alami pendarahan Khamis lalu dan doktor pun sahkan memang dah gugur.

“Saya dan isteri okay sahaja, kami anggap tiada rezeki kerana Allah sebaik-baik perancang. Cuma itulah anak-anak saya yang lain dah teruja nak dapat adik baru tapi sekarang dah tiada… tak mengapa mungkin ada lagi rezeki selepas ini,” katanya.

Nazirah sebelum ini ada berkongsi khabar duka itu menerusi satu hantaran di Instagram sempena sambutan ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

Sementara itu Nabil menambah, ketika mengetahui tentang kehamilan isterinya itu, dia berharap untuk menimang cahaya mata lelaki memandangkan sudah mempunyai tiga anak perempuan sebelum ini.

“Saya tak kisah pun sebenarnya baby girl or baby boy cumanya saya ada juga berharap kalau boleh nak baby boy sebab tiga sebelum ini perempuan.

“Saya suka ada anak kecil kat rumah sebab yang nombor tiga pun dah masuk umur dua tahun, dah pandai main sendiri.

“Saya dan isteri pun memang planning usia jarak anak-anak kami… kiranya masa ini memang sesuai untuk anak keempat tapi tiada rezeki tak mengapa, kami okay sahaja,” ujarnya lagi.

Nabil mendirikan rumah tangga dengan Nazirah, 33, pada 30 September 2011 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Naira Mikayla, 9, Leyla Medina, 6, dan Mishall Imani, 2 tahun.

 

Published by
MH