Pelakon, Fizo Omar memaklumkan isterinya, Fazeera Nazri Azrai kini sudah pun dimasukkan ke sebuah hospital dan bakal melahirkan anak kedua mereka pada Jumaat.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di laman Instagram, Fizo dilihat memegang erat tangan isteri dan mengucup dahinya.
“Bismillah. Di hari Jumaat yg penuh barakah ini, Isteri sya bakal melahirkan zuriat kami di Andorra Hospital.
“Mohon doa dari semua semoga Allah permudahkan urusan kami,” tulisnya.
Lantaran itu, Fizo turut memohon agar semua pihak mendoakan semoga segala urusan isterinya sewaktu melahirkan nanti dipermudahkan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja selain turut mendoakan kesejahteraan isteri Fizo.
“Semoga selamat semuanya.
“Semoga dipermudahkan segala urusan Abe Joe dah keluarga.
“Selamat melahirkan zuriat kedua. Ameen.
“Semoga dipermudahkan urusan bersalin dan selamat untuk kedua-duanya.
“Mendoakan kesejahteraan, kesihatan dan dipermudahkan urusan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021.
Hasil perkongsian hidup tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Khaleeda yang kini baru berusia setahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Fizo turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
.Sumber & Kredit Foto: Instagram Fizo Omar