Penyanyi Hafiz Suip meluah rasakan bersyukur di atas penghijrahan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah yang kini tampil dengan imej berhijab.
Berkongsikan perkara itu di laman Instagram, Hafiz, 32, berasa cukup teruja dengan perubahan yang dilakukan isterinya itu lebih-lebih lagi dalam bulan suci Ramadan.
“Ya Allah semangat gila aku nak selfie dengan bini aku ya Allah. Semoga hidayat ke seluruh alam. Amin Ya Rabbal Al-Amin. Beautiful @nureffyj,” tulis Hafiz.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat Hafiz memberikan sokongan dan berharap perubahan itu akan berterusan dan semoga isterinya sentiasa istiqamah.
“Moga terus istiqamah, amin.
“Alhamdulillah, barakallah semoga Hafiz dan keluarga sentiasa dalam redha Allah.
“Alhamdulillah sungguh cantik bidadari hafiz berhijab, semoga Allah sentiasa memberi rahmatNya kepada hafiz dan keluarga, amin.
“Subhanallah cantiknya… moga terus istiqamah dan jalan terus untuk menggapai redha Allah,” tulis netizen.
Penyanyi Lagu Cinta Kita itu mendirikan rumah tangga dengan Nureffy, 29, pada 14 Mei 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Riyadh Zafri, 5, dan Alkaf Zayne, 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Hafiz Suip