Menerusi perkongsian di laman Instagram, Falyq Hikyle memaklumkan isterinya telah selamat melahirkan cahaya mata sulung pada jam 2.10 pagi, hari ini.

Panyampai radio Sinar itu meluahkan rasa syukur kerana segala urusan isterinya saat melahirkan telah dipermudahkan meski harus bertarung nyawa di dalam bilik bersalin hampir 14 jam.

“Allahuakbar. Subhanallah. Alhamdulillah. Isteri saya selamat melahirkan anak pertama kami secara normal, sebentar tadi. Sabtu, 12/9/20, 2.10 pagi.

Ads

“Terima kasih sayang. Awak sangat hebat. 14 jam awak bertarung nyawa seorang diri dalam labour room untuk melahirkan zuriat kita.

“Power gilaa. Terima kasih juga untuk anda yang sentiasa doakan Lala & baby S.

“Semoga doa yang baik-baik itu di kembalikan kepada anda semula. Amin.

Ads

Dalam pada itu, Falyq turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan isteri serta anaknya itu.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah buat Falyq dan juga isteri.

Ads

Isteri Bertarung Nyawa Hampir 14 Jam, Penyampai Radio, Falyq Hikyle Selamat Timang Cahaya Mata Sulung Secara Normal Isteri Bertarung Nyawa Hampir 14 Jam, Penyampai Radio, Falyq Hikyle Selamat Timang Cahaya Mata Sulung Secara Normal

Terdahulu, Falyq telah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang juga merupakan anak tiri kepada pelakon, Zarina Zainuddin iaitu Nabilla Raihan pada tanggal 14 Disember 2019.

Sumber: Instagram Falyq Hikyle

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI