Ads
Home Berita Isteri Dakwa Sudah Dilafazkan Cerai, Tapi Radhi OAG Optimis Mahu Rujuk Balik

Isteri Dakwa Sudah Dilafazkan Cerai, Tapi Radhi OAG Optimis Mahu Rujuk Balik

Ads

Selepas isterinya, Ayu Zahiril tampil memberikan kenyataan yang mendakwa suaminya yang juga vokalis kumpulan OAG, Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali telah melafazkan cerai talak satu kepadanya 25 Mac lalu, penyanyi berkenaan memberikan penjelasan.

Katanya seperti yang dipetik Kosmo! online, dia mengakui mahu merujuk kembali bekas isterinya yang sudah dikahwininya lebih lima tahun itu.

Radhi, 41, menambah, mereka akan ke mahkamah syariah Isnin depan bagi meneruskan proses rujuk tersebut secara rasmi.

“Benar, saya telah melafazkan talak satu kepadanya. Tetapi, saya tidak mahu perkahwinan ini berakhir.

Ads

“Allah telah beri kita pilihan (untuk menyelamatkan perkahwinan), jadi kita gunakan pilihan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Radhi turut memberitahu, dia tetap berprasangka baik terhadap isterinya itu yang telebih dulu memberikan kenyataan kepada media.

Ads

“Saya bersangka baik dengan dia. Mungkin dia rindu saya selepas lima hari tidak bertanya khabar,” ujar Radhi.

Ads

Terdahulu, mereka Radhi mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014. Ia merupakan perkahwinan kedua bagi Radhi.

Sebelum itu, bintang tersebut pernah mendirikan rumah tangga dengan Shazlin Sharif pada 1 Januari 2005 sebelum berpisah pada 8 Jun 2010.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI


error: Hello. Cannot.