Mengucapkan rasa syukur atas kurniaan dari Yang Maha Esa, penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew telah meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-35 bersama keluarga tercinta.
Lebih indah apabila isterinya telah memberi kejutan dengan menghadiahkan seutas jam yang diletakkan bersebelahan Al-Quran.
“Syukur Allah beri saya capai umur 35. Dah menua saya. Terima kaseh Allah. 21/12. Sampai dari JB semalam dah dekat waktu Tahajud. Sebak sangat rindu mak. Bidadari saya dah letak hadiah dekat dengan sejadah tepi Al-Quran. Ingat takde orang wish.. Rindu mak. Dari dulu cuma mak jer wish selamat hari lahir.
“Sekali ada bidadari tercinta. Mata dah sembam jer. Dapat hadiah jam. Hari ini dapat makan berjemaah bersuap-suap. Syukur bahagia bila makan berjemaah dalam dulang rasa jari kena gigit😍. Berkasih sayang kerana Allah.
“Terima kaseh sayang bidadariku. Bidadariku inilah tulang belakang dalam dakwah saya. Allah pinjamkan saya kekuatan wanita yang tabah dan kuat. Terima kaseh bidadariku sayang. Rindu dan amat sayangMu bidadariku sayang. Wanita yang telah mengorbankan segalanya untuk diriku dan perjuangan dakwah ini. Ya Allah terima kaseh atas nikmatmu,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ebit turut berasa rindu untuk berdakwah kepada remaja terbiar di bawah jambatan dan lorong-lorong seperti yang pernah dilalkukannya sebelum ini.
“Umur makin bertambah. Selalu fikir banyak kerja dakwah ini tak saya sempurnakan. Rindu anak di jalanan. Anak-anak bawah jambatan dan di lorong. Ramai walau zahir nampak degil atau teruk. Tapi mereka cuma anak baik rindukan kasih sayang dan didikan Islam. Begitu juga kawan kerja di lorong-lorong. Paling sebak beberapa bulan ni tak berhenti orang bukan Islam tanya saya tentang Islam dan ingin memeluk Islam. Ya Allah.
“Umur dah 35 tahun. Dulu niat 35 tahun mungkin dapat jadi asbab hidayah buat Islamkan kampung demi kampung. Belum tercapai cita-cita itu lagi. Doakan 9 Feb 2020 nak adakan keluarga sunnah di Maeps Serdang.
“Terima kaseh semua yang mendoakan dan selalu menyokong dakwah ini walau dari jauh. Semoga Allah kabulkan doa semua sahabat sekalian,” akhirinya.
Menerusi video yang dikongsikannya itu, memaparkan kasih sayang hubungan kekeluargaan Ebit yang saling menyuap makanan kepada isteri dan anak-anaknya.
Sekali gus telah mendapat setengah juta tontonan dan ribuan komen.
Video : Instagram Ustaz Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI