Isteri Imbau Ezad Lazim Ditahan Akibat Dadah Ketika Baru Alami Keguguran, “Cari Istiqamah InsyaAllah Berjaya Berubah.”

Share

Berkongsi pandangan netizen di ruang Instagram berikutan pengakuannya menerusi program Mingguan Wanita tidak lama dulu, isteri kepada penyanyi Ezad Lazim Zeana Ramli secara tak langsung mengimbau kembali memori.

Ezad ditahan atas tuduhan penyalahgunaan dadah dan difahamkan, ketika itu dia baru sahaja alami keguguran, beberapa tahun lalu.

Jelasnya seperti ketika ditemu bual program berkenaan, waktu menerima berita tersebut, dia berada di klinik untuk pemeriksaan lanjutan akibat keguguran.

Lalu, mendapat panggilan menyatakan suami ditahan polis.

Tidak mahu terus sisihkan suami gara-gara najis dadah, wanita ini tekad membantu seterusnya memberi peluang kedua kerana tidak mahu si suami terus terjebak ke arah kehancuran.

Malah, situasi melihat anak tidur lena di bahu Ezad yang ketika itu bergari dengan lengkap beruniform penjara turut membuatkannya sedar bahawa anak-anak masih memerlukan bapa si bapa.

Pada masa sama, Ezad dilihat turut meninggalkan komen memohon maaf di atas keterlanjurannya suatu ketika dulu dan jelasnya, sebagai selebriti, dia seharusnya memberikan pengaruh positif kepada masyarakat.

“Bagi saya ini perkongsian untuk kita bersama… meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keburukan dadah.

“Saya sebagai insan yg dikenali ramai saya rasa saya harus tampil untuk memberikan impak dan influence yang positif buat masyarakat.

“Masalah dadah adalah masalah yang harus kita pandang serius kerana ini masalah untuk agama bangsa dan negara,” tulisnya.

Kini Ezad sudah bebas dari perkara tersebut dan semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat dan pedoman buat semua.

Foto : Instagram Zeana Ramli & Mingguan Wanita

Published by
Noraini Abd Wahab