“Isteri Kena Bengkak Susu,Ingat Ok Rupanya…,”- Hafiz Mahamad

Share

Instafamous dan usahawan,Hafiz Mahamad ada meluahkan rasa sepanjang bergelar bapa kepada anaknya,Raisya Arisa yang dilahirkan pada 24 Jun lalu.

Baginya,bukan mudah untuk membahagikan masa antara anak dan isteri;terutama pada waktu malam.

Malah, Hafiz mengakui bahawa dia tidaklah sempurna kerana banyak lagi yang perlu dipelajarinya

“Harini rasa bersalah pula dengan wife & diri sendiri

“Saya ingat, selepas bersalin. Yang kena focusnya baby sebab saya tengok wife macam okay,

“Baru saya faham, luar nampak okay tapi dalaman wife sahaja yg tahu,

“Saya ingatkan, saya jaga baby dah okay. Malam bangun panaskan susu & sbgnya.

“Tapi ada satu malam saya terjaga tengok wife “breast pump” sampai tertidur tidur.

“Saya tak perasan kalau Aina bangun, Aina kalau dia penat ke apa dia tak cakap, tapi saya tau dia lemah lagi siang malam,kongsi Hafiz.

Akui Hafiz, dia perlu lebih belajar mengenai selok-belok untuk menjaga bayi terutama penjagaan masa.

“Semalam pulak, dia kena bengkak susu. Saya ingatkan, keluarkan jela susu tu then should be ok. Rupanya tak, kena amik masa. Haih la Ya Allah kuatkan isteriku,

“Saya ada baca tips, husb & wife kena ada shift untuk jaga baby siang malam. Tapi saya rasa tips tu tak berguna untuk saya. Saya & Aina kena faham each other dengan lebih kuat lagi,

“Sepanjang Aina pregnant, saya tak pernah missed teman dia checkup sampailah ke labour room.

“Saya ingatkan pengorbanan saya dah kuat & balance, rupanya tidak. Saya baru usaha 5%, yg kuat siang malam itu Aina. I’m so sorry @syafiqahaina,” tulis Hafiz.

Tambahnya,keluarga adalah anugerah terindah dari Allah.

“Anak adalah anugerah, isteri juga adalah hadiah. So saya bersyukur dapat isteri yg kuat macamni. I love you so much @syafiqahaina

“@raisyaarisa besar nanti jadi budak pandai, budak kaya, budak solehah. Jaga mummy awak baik baik okay sayang

“Okay harini kita kasi tukar, Daddy buktikan yg saya boleh kuat macam dia @syafiqahaina,”akhiri Hafiz.

Terdahulu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata,Raisya Arisa yang kini berusia 12 hari.

Bagaimanapun,pasangan ini masih belum mendedahkan wajah penuh anak mereka.

Foto: Instagram Hafiz Mahamad

Published by
MH