Tahniah diucapkan buat penyanyi, Syura Badron yang selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya hari ini selepas sembilan tahun bergelar ibu tunggal.
Majlis raja sehari pernikahan bintang berusia 36 tahun itu berlangsung di Masjid As Salam, Puchong, Selangor sekitar jam 12.30 tengah hari itu, disahkan isteri penyanyi Lan Solo, Shila Razlan yang juga rakan baik Syura.
“Syura sah bergelar isteri sekitar jam 12.30 tengah hari tadi. Selepas hampir sembilan tahun bergelar ibu tunggal kepada tiga orang anak, akhirnya dia menempa kebahagiaan. Alhamdulillah, tahniah buat Syura dan suami yang dinikahkan di Masjid As Salam Puchong.
“Terima kasih Ya Allah untuk perjalanan panjang yang membahagiakan untuk sahabat dunia akhiratku ini. Panjang, sangat panjang. Syura layak untuk mendapat semua kebahagiaan ini,” katanya.
Memetik Harian Metro, Shila bagaimanapun belum dapat berkongsi lanjut mengenai pasangan Syura bagi memberi ruang buat tuan badan untuk mengumumkan khabar gembira itu sendiri.
“Saya sendiri belum dapat berbual panjang bersama Syura, jadi tidak pasti butir mana yang boleh dikongsikan atau tidak.
“Pastinya Syura akan memuat naik perkongsian di media sosial tidak lama lagi. Syura dan suami sudah lama berkawan. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan,” katanya.
Terdahulu, Syura sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin pada 29 Mac 2006 namun bercerai pada 29 September 2014 tetapi rujuk kembali pada 10 November tahun sama.
Kemudian pada 9 Ogos 2015, mereka bercerai buat kali kedua. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofeadan Mu, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI