
Memetik laporan Harian Metro, isteri kepada pelakon Allahyarham M Rajoli, Wan Chik Daud kini terlantar di rumah.
Wanita berusia 80 tahun ini turut mengidap kanser payu dara tahap empat, kencing manis, darah tinggi dan lumpuh.
Difahamkan, pelakon senior dan penyampai radio ini kini tinggal bersama pembantu rumah di Lembah Keramat sejak tujuh tahun lalu.
Selepas kematian suami, dia diserang angin ahmar ringan dua tahun lalu
Dalam sisi seninya, Wan Chik pernah bertugas sebagai pembaca berita RTM dan pernah membintangi filem arahan Tan Sri P.Ramlee berjudul Do Re Mi.
Sumber : Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Paksa Tapi Pantau, Irma Hasmie Latih Anak Puasa Seawal Darjah 1

Pelakon, Irma Hasmie ada berkongsi cerita perihal anaknya bersama pengikut dilaman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, Irma atau nama sebenarnya Irma Hasmie Ibrahim mendedahkan telah mendidik anaknya untuk melakukan ibadah puasa seawal usia 7 tahun
Jelas pelakon berusia 33 tahun ini juga menasihati kepada semua ibu bapa untuk tidak bersikap memaksa anak untuk berpuasa dan harus mengikut kemampuan diri anak-anak.
“Saya mengambil saranan mengajar n mendidik anak2 supaya berpuasa seawal usia 7 tahun. Mengambil dri hadith mendidik anak2 solat.
“Tpi pantau la, pastikan puasa anak2 tidak menyebabkan kemudaratan n nilai tahap kemampuan mereka utk terus puasa penuh.
“Klu berjaya puasa penuh. Alhamdulillah, bole lihat dorang sendiri enjoy n bersemngat bila berjaya.
“Tujuan nya antara yg baik dpt latih anak2 bersabar n membentuk akhlak mereka.
“Jangan paksa anak2 tau, bgi dorang pengalaman sendiri n sendiri excited bila faham apa itu Ramadan,” tulisnya.
Sekadar infromasi, Irma mendirikan rumah tangga bersama Redza Syah Azmeer pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Redza Syah Irfhan dan Nur Naylie.
Foto: Instagram Irma Hasmie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Pernah Tersenarai Antara Lelaki Terkacak, Kenali Lebih Dekat Jejaka Viral Myanmar Berpakaian Sami Yang baru Berusia 24 Tahun Ini!

Tiba-tiba nama seorang model kacak asal Myanmar, Paing Takhon menjadi sensasi di media sosial apabila menjadi sami seterusnya mengabadikan dirinya kepada agama anutannya selama 10 hari.
Paing dilihat turut berkongsi gambar dirinya yang mengenakan pakaian sami dan tinggal bersama komuniti tersebut.
Lantas, warganet terus mengikuti dan mencari siapakah gerangan figura sasa berusia 24 tahun ini.
Rupanya, Paing merupakan seorang seorang selebriti dan aktif dalam bidang lakonan dan nyanyian di negaranya. Malah, jejaka ini turut bergiat aktif sebagai model.
Bagaimanapun baru-baru ini, Paing menjalani kehidupan sebagai seorang sami dan perkara itu turut dikongsikan menerusi kapsyen yang dimuat naiknya di Instagram.
“Menghabiskan tahun baru 2021 saya dengan menjadi sami untuk 10 hari dan saya merasa tenang dan mengetahui diri saya dengan lebih mendalam…,” tulisnya.
Kerjaya glamor Paing bermula pada tahun 2014 lalu apabila dia menjadi seorang model di pentas peragaan fesyen.
Tidak lama selepas itu, dia yang mempunyai darah kacukan Myanmar-Cina ini mulai mendapat kepercayaan produksi untuk membintangi beberapa filem dan drama di negaranya.
Difahamkan, Paing pernah dilantik menjadi duta pelancongan negara Myanmar dua tahun lalu.
Sementara itu pada tahun lalu, jejaka yang mempunyai ketinggian 1.78 meter ini pernah tersenarai sebagai salah seorang jejaka kacak oleh TC Chandler pada kedudukan kesepuluh.
Foto: Instagram Paing Takhon
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Satu hajat Neelofa…Mahu Ziarahi Masjid Ketiga Paling Utama Dalam Islam, Al-Aqsa

Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa mengakui tahun hadapan, dia mempunyai beberapa impian yang mahu direalisasi, termasuk menziarahi salah sebuah masjid utama dalam Islam, Masjid Al-Aqsa yang terletak di sebuah kompleks di kota Baitulmaqdis (Jurusalem).
Katanya kepada MH, dia memasang impian untuk menzahirkan hasratnya itu tahun hadapan, sekiranya dipermudahkan.
“Ada satu lokasi yang saya niat untuk melawat, iaitu Masjid Al-Aqsha. Sebagaimana yang kita tahu, masjid tersebut antara yang mulia di sisi agama Islam selepas Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. InsyaAllah, moga impian tercapai,” katanya.
Pada masa sama, Lofa turut memberitahu, dia mempunyai kenalan yang pernah mengiringi beberapa selebriti tempatan untuk menziarah lokasi berkenaan.
“Dia merupakan individu yang membawa beberapa selebriti tempatan kita ke sana. Katanya pengalaman berbeza andai berada di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Ia berbeza di antara setiap satunya.
“Jadi InsyaAllah akan dapat pengalaman baru. Agak risau juga tetapi katanya kita perlu ajak dan yakinkan muslim untuk ke sana sebab kalau tidak, suatu hari nanti mungkin tiada lagi orang Islam yang menziarahi atau beribadat di masjid itu langsung.
“Jadi sebab itulah, ada yang memberi kesedaran kalau ada peluang, usaha untuk ke sana,” terang Lofa.
Ditanya mengenai soal keselamatan pula, Neelofa mengakui dia perlu tawakal andai diizinkanNya menjejakkan kaki ke masjid itu.
“Saya kena tawakal. Lagipun, sudah ada orang kita yang sudah ke sana sebelum ini. Mahu juga rasai pengalaman itu,” akhiri Lofa yang sudah merancang jika impian menjadi kenyataan, dia mahu membawa ibu dan neneknya ke sana.
Semoga impian dan niat murni Neelofa itu dipermudahkan, InsyaAllah…
Foto: Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI