Memetik laporan Harian Metro, isteri kepada pelakon Allahyarham M Rajoli, Wan Chik Daud kini terlantar di rumah.
Wanita berusia 80 tahun ini turut mengidap kanser payu dara tahap empat, kencing manis, darah tinggi dan lumpuh.
Difahamkan, pelakon senior dan penyampai radio ini kini tinggal bersama pembantu rumah di Lembah Keramat sejak tujuh tahun lalu.
Selepas kematian suami, dia diserang angin ahmar ringan dua tahun lalu
Dalam sisi seninya, Wan Chik pernah bertugas sebagai pembaca berita RTM dan pernah membintangi filem arahan Tan Sri P.Ramlee berjudul Do Re Mi.
Sumber : Harian Metro