Gara-gara malas mandi, seorang isteri diceraikan oleh suaminya kerana sudah tidak tahan dengan tabiat buruk pasangannya.
Kejadian ini berlaku di Taiwan dan memetik laporan Shanghaiist, isteri tersebut hanya akan mandi sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.
Perkara ini telah menyebabkan pasangan ini sudah lama tidak melakukan hubungan intim dan secara tidak langsung membatalkan niat untuk miliki anak.
Menurut sumber, lelaki tersebut sebenarnya memang sudah mengetahui tabiat isterinya yang malas mandi, tetapi si isteri telah berjanji akan mengubah tabiat buruknya itu dan mandi sekurang-kurangnya seminggu sekali, namun keadaan berubah dan bertambah kritikal sejak mereka mendirikan rumah tangga.
Oleh kerana mengamalkan gaya hidup mandi setahun sekali, si isteri selalunya akan menghabiskan masa selama 6 jam di dalam bilik air untuk membersihkan segala kotoran di badan yang terkumpul lama.
Oleh kerana terlalu fade up dengan sikap isteri yang sangat pemalas, lelaki tersebut telah bertindak meninggalkan isterinya dan mencari kerja di luar kawasan perumahan mereka.
Namun apabila si isteri dapat tahu, dia memaksa lelaki tersebut untuk pulang ke rumah hingga akhirnya lelaki tersebut membuat keputusan nekad untuk menceraikan isterinya.