Pengacara Nabil Ahmad tidak menafikan di dalam menjaga keharmonian, setiap pasangan yang berkahwin pasti akan berdepan dengan ujian dan cabaran naik turun bahtera rumah tangga.
Bagaimanapun, kata Nabil, 39, setiap ujian yang datang itu berbeza-beza dan baginya, kesabaran dan tolak ansur menjadi antara faktor penting dalam mengekalkan institusi kekeluargaan.
“Ada ketika bila tengok kawan-kawan diuji dengan masalah rumah tangga, saya berdoa semoga Allah berikanlah kesabaran dalam diri isteriku. Manalah tahu kalau suatu hari dia tidak sabar, mahkamah dia pergi. Risau juga.
“Sebabnya saya tidak boleh menafikan di dalam layari bahtera rumah tangga, memang ada pasang surutnya. Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri. Jadi bagi saya untuk jaga keharmonian rumah tangga kena banyak bersabar. Pada masa sama jalankan tanggungjawab sebagai suami dengan betul.
“Jujurnya saya yang perlu berikan tumpuan kepadanya lebih 100 peratus kerana di antara kami rasanya dia yang paling banyak bersabar. Dia yang paling banyak terima kekurangan dan dia banyak menasihati saya,” katanya kepada MH.
Hos Gegar Vaganza 9 itu ditemui pada Majlis Pelancaran & Jualan Promosi Pembukaan Jakel di Seksyen 7, Shah Alam, baru-baru ini.
Ads
Ditanya mengenai keadaan semasa susulan konflik perkahwinan melibatkan beberapa rakan artis, Nabil mengambi pendirian mendoakan agar urusan mereka dipermudah.
“Saya cuba ambil iktibar terhadap apa sahaja yang berlaku ketika ini untuk muhasabah diri dan cuba menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik berbanding sebelumnya. Sebelum ini mungkin saya hanya ingat sudah kerja dan cari nafkah, yang selebihnya biarlah isteri yang lakukan.
“Namun melihat kepada situasi sekarang, saya cuba untuk buat perkara yang jarang saya lakukan sebelum ini. Misalnya bila balik kerja akan tanya isteri kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu dan sebagainya. Jadi sikap ambil berat dan peka itu lebih sikit.
Ads
“Apa pun bila mengenali beberapa rakan kita yang sedang diuji (masalah rumah tangga), saya tak mahu nak komen apa-apa. Sebaliknya lebih kepada mendoakan. Semoga mereka dapat lalui ujian ini dan dapat berbaik semula, insya-Allah,” katanya lagi.
Sementara itu, gedung baharu Jakel yang terletak hanya 200 meter dari lokasi lama yang sebelum ini musnah dalam kejadian kebakaran telah pun memulakan operasi jualannya.
Pengarah Urusan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, premis berkenaan yang dilengkapi pelbagai kemudahan dijangkakan mampu memberikan lebih keselesaan kepada para pelanggan.
“Premis baharu kami ini menyediakan kawasan letak kereta yang kondusif iaitu berkapasiti 1,000 ruang dalam satu masa selain ada disediakan perkhidmatan buggy khusus untuk membawa pelanggan dari tempat letak kereta hingga ke hadapan kedai,”
Ads
“Apapun kami bersyukur kerana dengan izinNya, Jakel Shah Alam baharu ini sempat dibuka sempena ketibaan Aidilfitri. Pembeli juga berpeluang dapatkan produk jenama Ariani dan Hajrah di sini,” katanya yang turut melancarkan Kempen Jualan Rahmah Jakel.
“Kita ingin turut meringankan beban rakyat pada masa sama memastikan semua orang berpeluang bergaya di hari raya Aidilfitri. Jika dulu samping dijual pada harga RM119, sekarang hanya ditawarkan dengan harga RM39 menerusi kempen ini, ” katanya lagi.
Selain Nabil, aktor Aaron Aziz juga menjadi wajah wakilan bagi jenama ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas dikhabar sudah pun menjalani pembedahan bagi membuang silikon payudara awal semalam, usahawan selebriti Safiey Illias ada berkongsi kesan pembedahan.
Perkongsian yang dibuatnya menerusi Insta Stories itu turut disusuli dengan suasana di dapur bersama ahli keluarga lainnya.
Sementara itu, menerusi posting terkini penyanyi lagu Apa Salah Syinta ini lagi, dia turut memaklumkan ibunya tidak makan kerana risau akan pembedahan yang bakal dijalaninya.
“Mak cakap anak lelaki mak dah kembali. Malam tadi mak tak makan sebab risau pembedahan.
“Apit saya syg mak. Maaf muka tahan sakit,” tulisnya ringkas beserta ribuan komen dari para pengikutnya.
Foto: Instagram Safiey Illias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, untuk mengapai kejayaan dan impian bukan satu perkara yang mudah.
Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam ada menitipkan kata-kata motivasi menerusi akaun Instagram miliknya.
Kongsi Izzue atau nama sebenarnya Muhammad ‘Izzul Islam Mazlan berkata kita haruslah sentiasa bersikap merendah diri dan tidak sombong meski sudah berjaya mengapai kejayaan.
“Orang yang hebat adalah dia yang tidak akan terbang bila dipuji & tak tumbang saat dicaci. Selamat Pagi,” tulisnya.
Menjadi antara pasangan contoh yang kekal bahagia sehingga kini, usahawan Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 36, ada berkongsi beberapa tips yang diamalkannya bagi menyerikan lagi rumah tangganya bersama isteri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid, 38.
Menerusi perkongsian video di laman Instagram miliknya, Aliff berkata sepanjang 16 tahun usia perkahwinannya, banyak perkara yang dia belajar termasuk pentingnya untuk sentiasa menghargai pasangan masing-masing.
“Syukur Allah berikan kami rezeki, walaupun banyak dugaan perkahwinan, kami boleh belajar supaya lebih tabah dan matang apabila menerima dugaan.
“Dan kami belajar bersabar dan tidak slowdown walau apa cara sekali pun, demi anak-anak dan kejar kebahagiaan bersama.
“Kami belajar pentingnya menghargai dan ucap kata terima kasih dan menghargai pasangan,” tulisnya dalam video tersebut yang sekaligus berkongsi perkembangan terkini Shida yang kini sedang sarah hamil.
Aliff juga berkata dalam perhubungan suami isteri, ia harus disusuli dengan gurauan agar hubungan akan kekal utuh dan bahagia.
“Kami belajar betapa pentingnya ada gurauan bersama pasangan.
“Ikutkan terlalu banyak yang kami belajar dalam masa 16 tahun perkahwinan ini tapi itulah kunci kebahagiaan kami
“Sayangilah pasangan anda dan terimalah kelemahan dan kelebihan pasangan kita,” tulisnya lagi.
Sementara itu, Aliff turut memohon doa semoga kelahiran anak keenamnya nanti dipermudahkan serta menambahkan lagi kebahagiaan buat mereka sekeluarga.
Dalam ruangan kapsyen juga, Aliff secara berseloroh sempat memberitahu kepada Shahida, dia berimpian ingin memiliki seramai 10 orang cahaya mata.
Untuk info, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.
Pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!