“Isteri Paling Beruntung Ialah…,” – Rozita Che Wan Kongsi Isu Rumah Tangga

Share

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan ada membuat perkongsian mengenai hal rumah tangga, menyatakan isteri yang beruntung andai memiliki suari yang mempunyai enam ciri yang disenaraikan.

Mengambil perkongsian daripada Che Ta menerusi Instagram, isteri paling beruntung adalah isteri yang mempunyai suami yang penyabar dan penyayang.

Ini dia senarai yang dikongsikan pelakon Lelaki Kiriman Tuhan ini;

“Isteri paling beruntung adalah isteri yang dikurniakan Allah seorang suami yang PENYABAR dan PENYAYANG. Penuh kehangatan dan kelembutan, suka menolong dan berhati tulus. Jika dia pergi isteri merindukan. Jika dia ada isteri terus ingin berdekatan. 

1) Lelaki terindah di mata wanita bukanlah yang paling tampan wajahnya; melainkan yang bisa membuatnya merasa sang tercantik di dunia

2) Lelaki tergagah di hati wanita bukanlah yang paling kekar ototnya, melainkan yang mampu mendengar, memahami, & mengerti curahan hatinya

3) Lelaki terkaya bagi wanita, bukanlah yang terbanyak hartanya. Tapi dia yang pandai bersyukur & mengungkapkan terimakasih padanya

4) Lelaki tershalih bagi wanita, tak sekedar banyak ilmu agama & rajin ibadahnya; tapi juga dia yang paling mulia akhlaqnya

5) Lelaki terhebat bagi wanita, bukanlah yang mampu membelikan apapun untuknya; tapi yang wajah & bahunya siap menyambut senyum & airmata
.
6) Lelaki tercinta bagi wanita; dia yang prasangka tak mengalahkan kemuliaan budinya; yang kekesalan tak mengalahkan pengertian & maafnya

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan orang yang paling baik diantara kalian ialah yang paling baik terhadap istrinya.” (HR.Tirmidzi)

 “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya” (HR. Ibnu Majah)

Dan bergaullah dengan mereka (isteri) secara baik. Kemudian jika kamu tidak menyukai mereka maka bersabarlah, karena mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.” (QS. An-Nisaa’: 19).

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk jika tidak dikurniakan suami yg baik, maka bersabarlah… krn berkat kesabaran isteri akan tiba masanya Allah ubah suami anda menjadi yg terbaik utk anda. InsyaAllah. Aminnnn,” kongsinya.

Rata-rata menyukai posting yang dikongsi Che Ta yang seterusnya memberikan inspirasi buat peminatnya yang sudah berumah tangga.

Foto: Instagram Che Ta

Published by
Rafiq Mazlan