Pelakon Safwan Nazri dan isteri, Fathin Nur Amalina reda apabila hasrat untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian apabila kandungan isterinya yang sudah memasuki bulan keempat dilaporkan keguguran.

Berkongsikan berita sedih di laman Instagramnya, Safwan berkata ini merupakan ujian yang paling besar buatnya dan isteri serta tabah dengan dugaan itu.

Pasangan itu turut sudah menyediakan nama untuk bayi sulung mereka Muhamad Kaif yang membawa maksud ‘semangat yang kuat’.

“Ini ujian paling besar untuk saya dan isteri saya. Rezeki kami untuk dapat cahaya mata yang pertama sampai di sini sahaja.

“Kita jumpa di syurga nanti ya Kaif! Teruskan doa untuk ibu dan ayah okey! Dia (bayi sulung) dah cukup sifat, dah nak masuk empat bulan, comel, sempurna, tapi Allah lebih sayangkan dia!.

Ads

“Awak (isteri) memang hebat dan wanita yang sangat kuat!” tulis Safwan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Safwan Nazri (@safwannazri)

Safwan mendapat perkhabaran sedih itu ketika berada di Turki atas tuntutan kerja dan mengagumi ketabahan isterinya yang melalui perkara itu tanpa kehadirannya di sisi.

Ads

“Saya dapat tahu benda ni terjadi ketika saya sudah sampai Turki. Isteri saya lalui benda ni seorang-seorang dengan family tanpa suami.

“Ya Allah hebatnya you sayang! I sayang sangat dekat you! Kita lalui benda ni together okay!

Ads

“Muhamad Kaif, you will always be our child, Thank you temankan Mummy selama ini, kita jumpa nanti okay,” tulis Safwan lagi.

Safwan yang merupakan bekas finalis Hero Remaja 2017 mendirikan rumah tangga dengan kakitangan kerajaan, Fathin Nur Amalina pada bulan Mac lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Safwan Nazri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI