
Isteri Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, Sophie Gregoire sah dijangkiti virus COVID-19 menerusi satu kenyataan daripada pejabat Perdana Menteri.
Trudeau yang cukup popular menerusi gelaran Perdana Menteri Terkacak ini bagaimanapun dalam keadaan sihat namun akan memulakan proses kuarantin diri selama dua minggu.
Sophie dilaporkan menunjukkan gejala selesema selepas kembali daripada sebuah majlis yang berlangsung di London. Doktor kemudian menyarankannya melakukan ujian saringan COVID-19 pada Khamis dan keputusannya positif.
Sumber : Channel News Asia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ya Allah Seronoknya Rasa, Walaupun Beli Barang Dapur,”- Nora Danish Gembira Dapat Keluar Bersama Suami

Seperti sedia maklum, pada fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak kerajaan telah memberi kelonggaran kepada masyarakat untuk keluar secara berdua untuk membeli barang keperluan harian.
Pelakon jelita, Nora Danish meluahkan rasa seterusnya merakamkan ucapan terima kasih khas buat Perdana Menteri.
Di samping itu, bintang drama bersiri Puteri ini turut berkongsi foto bersama suaminya, Nedim Nazri di akaun Instagram ketika membeli barang dapur.
“Bila kerajaan dah Bagi kelonggaran boleh keluar berdua. Ya Allah seronoknya rasa.
“Walaupun beli barang dapur Thank u PM #Ramadhan2020,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, peminat ada meninggalkan reaksi masing-masing terhadap entri terkait.
Sekadar informasi, Nora mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl Nedim pada 21 Februari 2018.
Foto: Instagram Nora Danish
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Budak Baru, Kalau Salah Tolong Tegur,” – Rupanya Dah Setahun Peluk Islam, Michael Ang Luah Rasa

Pengarah popular, Michael Ang mengumumkan bahawa dia kini telah memeluk agama Islam kira-kira setahun lalu.
Perkara itu dikongsikan Michael di Instagramnya sebentar tadi.
“Assalamaulikum! Saya Budak baru Kalau ada salah tlg tegur. Doa kan la Yg baik2. Maaf Kalau saya rahsiakan ni dah lebih dari setahun.
“Cuba I rasa pekara ni ada lah antara saya dgn Allah dan keluarga saya. Kalau nak tgk pengakuan saya tgk la,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Michael Ang (@michaelang38) on
Menerusi video Ria X di Youtube rasminya, Michael menjelaskan bahawa dia sudah memeluk Islam sudah lebih satu tahun.
“Alhamdulillah, kini sudah lebih setahun saya bergelar seorang Muslim dan dah bersedia untuk beritahu perkara ini. Saya masih banyak belajar tentang agama Islam..
“Doakan saya kekal sebegini dengan tunjuk ajar dan doakan agar kita semua jadi yang terbaik di mata Allah,” kata Michael.
Foto : IG Michael Ang, Ria X
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bulan Ni InsyaAllah Dia Akan Jadi Kakak, Bukan Bongsu Lagi,” – Yatt Hamzah

Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah meluahkan rasa syukur kerana anak, Suci Hayfaa Medina semakin membesar dengan sihat dan baik.
Tambahan pula, hari ini genap usianya yang ke 1 tahun 8 bulan.
“Haaa tengok tu.. Bila Subuh je dia mesti bangun.. Kali ni lepas Bonda solat Subuh. Selalunya sebelum Subuh.
“Sibuklah ambil tudung kecik dia dlm laci, terus sujud di sejadah. Lucu kdg2 tgk.
“Selagi Bonda x tidur sebelah dia, tahan jelah mata tu kan anak.. Dah main, makan, main blk, penat dlu baru dia meragam nak tidur blk.
“Begitulah rutin harian @sucihayfaamedina
Harini 1 Dec 2019 Medina genap 1 tahun 8 bulan. 4 bulan je lg nak 2 tahun,” tulisnya.
Malah, Yatt menyatakan bahawa anaknya yang dilahirkan seberat 3.33kg itu akan bergelar kakak tidak lama lagi.
“Bulan ni Dec in shaa Allah dia akn jd kakak, bukan Bongsu lg.. Sikit je lg.. Hehehe.. Syg Bonda, Medina ttp Bonda’s small manje baby sama mcm kakak2 mu yg lain..
“Ya Allah terima kasih.. Jadikan #sucihayfaamedina anak yg Solehah.. Aameen,” kongsinya yang kini sedang hamil anak keempat.
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Sementara itu, kanak -kanak tersebut turut mempunyai akaun IG sendiri yang kini memiliki lebih 3,000 pengikut.
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
View this post on InstagramA post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Terdahulu, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfa Medina yang baru mencecah usia setahun.
Yatt turut mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 7, hasil perkahwinannya terdahulu dengan Abdul Mutalib Shukor.
Foto: Instagramn Yatt Hamzah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI