Isteri Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, Sophie Gregoire sah dijangkiti virus COVID-19 menerusi satu kenyataan daripada pejabat Perdana Menteri.
Trudeau yang cukup popular menerusi gelaran Perdana Menteri Terkacak ini bagaimanapun dalam keadaan sihat namun akan memulakan proses kuarantin diri selama dua minggu.
Sophie dilaporkan menunjukkan gejala selesema selepas kembali daripada sebuah majlis yang berlangsung di London. Doktor kemudian menyarankannya melakukan ujian saringan COVID-19 pada Khamis dan keputusannya positif.
Sumber : Channel News Asia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ditinggalkan Ibu Sejak Usia Empat Bulan & Hidap Celebral Palsy, Perkongsian Fedtri Yahya Fasal Kanak-Kanak Ini Jentik Hati
Ditinggalkan ibu kandung sedari usia empat bulan dan hilang tanpa khabar, Muhammad Danish Iskandar yang kini berusia 10 tahun dijaga oleh pengasuh yang kini bergelar ibu angkatnya.
Menerusi perkongsian hos dan penulis lirik, Fedtri Yahya, difahamkan ibu kandung Danish meminta pengasuh, Noraini Muda untuk menjaga anaknya selama sebulan dengan upah RM300.
Bagaimanapun, tempoh jagaan berlarutan dan wanita itu hilang tanpa khabar berita.
“Anak syurga akan sentiasa dipayungi kasih ibu walau bukan oleh ibu yang melahirkan.
“Muhammad Danish Iskandar diasuh sejak berusia empat bulan bagi memenuhi permintaan ibu kanak-kanak berkenaan untuk menjaga anaknya selama sebulan bagaimanapun tempoh jagaan berlarutan, bahkan dalam masa dua tahun selepas itu, wanita tersebut hanya datang membawa lampin pakai buang dan susu sahaja.
“Ibunya minta saya jaga selama sebulan sahaja dengan menjanjikan bayaran RM300. Saya terus terima sebab mahu tambah pendapatan keluarga dengan mengasuh budak.
“Sehingga kini sudah 10 tahun Muhammad Danish Iskandar bersama saya dan tiada khabar berita daripada ibunya yang gagal dihubungi,” maklumnya.
Meski disahkan mengidap celebral palsy selepas mengalami sawan, Noraini nekad untuk menjaga kanak-kanak itu dengan menukar hak penjagaan.
“Noraini berkata, anak angkatnya disahkan menghidap ‘celebral palsy’ ketika berusia enam tahun selepas mengalami sawan buat kali pertama semasa di bawah jagaannya dan perkara itu sudah dijangka memandangkan tumbesarannya yang tidak normal seperti kanak-kanak lain.
“Katanya, kerana kasih dan sayang dia memutuskan untuk menukar hak penjagaan Muhammad Danish Iskandar pada tahun lalu selepas berpeluang bertemu semula dengan ibu kandung kanak-kanak tersebut yang berjaya dijejaki pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menyelesaikan urusan membuat kad pengenalan anak angkatnya.
“Saya sudah anggap dia macam anak sendiri dan tak akan beri kepada orang lain, sekalipun saya mati, anak ini akan diserahkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
“Saya tidak harapkan orang lain untuk bela dia kerana tidak sama dengan saya menjaganya terutama dari segi makan dan minumnya yang memerlukan penjagaan teliti,” kongsi pengacara popular ini lagi.
View this post on InstagramA post shared by 🅰🅷🅼🅰🅳 🅵🅴🅳🆃🆁🅸 🆈🅰🅷🆈🅰 (@fedtriyahya) on
Kasih ibu membawa ke syurga, netizen terharu dengan pengorbanan Noraini membesarkan anak angkatnya walau serba kekurangan.
Foto : Instagram Fedtri Yahya
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Eh Menendang. Ini Tak Ada Ubat, Kena Tunggu 9 Bulan,” – Tahniah Fizo Omar, Isteri Kini Mengandung 5 Bulan
Pelakon Fizo Omar mendedahkan dia bakal menimang anak ketiga dan usia kandungan isterinya, Fazeera Nazri kini sudah memasuki bulan kelima.
Berkongsi khabar gembira itu menerusi Instagram miliknya, Fizo atau nama sebenar, Wan Hafizol Wan Omar, 38, memuat naik sebuah video memperlihatkan dia sedang memeriksa perut isterinya.
Fazeera secara berseloroh memberitahu perutnya berasa tidak selesa selepas Fizo melihat perut anaknya, Wan Khaleeda seperti kembung angin.
“Ayang (sayang), perut saya tak selesa jugalah,” kata Fazeera.
Mendengar rungutan manja isterinya, Fizo terus memeriksa perut wanita itu dan terkejut kerana berlaku pergerakan (menendang).
“Eh! Menendang. Ini tak ada ubat, kena tunggu sembilan bulan,” seloroh Fizo.
Menerusi video itu juga Fizo memaklumkan Khaleeda bakal menjadi ‘kak ngah’, manakala anak sulungnya hasil perkahwinan pertama bersama Mawar Karim, Wan Maryam akan mempunyai dua orang adik.
Fizo mendirikan rumah tangga dengan Fazeera yang merupakan bekas pramugari pada 21 Oktober 2021. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Khaleeda yang kini berusia tujuh bulan.
Fizo sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Shazroul Kritikal Akibat Jangkitan Kuman Pada Usus. Usus Bocor Dipotong Kira-Kira 90 Cm
Dipetik daripada Berita Harian, penyanyi kelahiran Akademi Fantasia musim keempat, Shazroul Fazlie kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur akibat jangkitan kuman pada usus.
Penyanyi berusia 34 tahun ini jatuh sakit secara tiba-tiba pada 10 September lalu. Malah, berat badannya juga turun secara mendadak daripada 61 kilogram kepada 45 kilogram.
“Anak saya dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di ICU HKL. Dia sudah melalui dua pembedahan, masing-masing pada 10 September lalu dan hari ini. Doktor turut melakukan pemotongan usus yang bocor, sepanjang kira-kira 90 sentimeter.
“Doktor memaklumkan, kaedah rawatan dilakukan cukup berisiko dan mereka berharap, badannya kuat untuk melalui proses pembedahan ini dari masa ke semasa. Saya berharap semua mendoakan yang terbaik untuk anak saya.
“Allah sentiasa menguji hamba-Nya. Begitu juga dengan anak saya yang mendapat perkhabaran duka apabila dimaklumkan mengenai hal ini. Lebih menyedihkan, ia terjadi sebelum sambutan hari lahirnya.
“Saya bagaimanapun percaya, dia anak yang kuat,” katanya ibunya, Noraini Elias seperti yang dipetik.
Shazroul sebelum ini pernah memenangi tempat kedua dalam pertandingan nyanyian Asian Television Melody Festival di Vietnam pada tahun 2012.
Foto : Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI