Lagu Tulus yang dilancarkan pada November lalu memberikan transisi berbeza dalam kerjaya nyanyian Azmi Saat.
Ini kerana, Tulus merupakan karya pertama yang dicipta Azmi sekitar 2008 dan berjaya disiapkan, sekali gus menyerlahkan lagi bakat dalam diri.
Menampilkan melodi dan lirik mengenai kisah perasaan terhadap orang dicintai iaitu isteri, Tulus disifatkan lagu yang cukup istimewa dengan dirinya. Malah, dekat di hati peminat setia Azmi.
Terbaharu, Universal Music Malaysia dan Valient Music selaku penerbit melancarkan video muzik (MV) rasmi lagu Tulus pada 7 Januari lalu.
Bercakap soal ketulusan dalam perhubungan suami isteri, Azmi yang meraikan ulang tahun ke-10 perkahwinan mengakui dia pernah melalui saat getir bersama isteri.
“Pada awal perkahwinan iaitu dalam tempoh dua ke tiga tahun, isteri banyak bantu. Apatah lagi dia adalah penjawat awam dan mempunyai gaji tetap.
“Isteri juga pernah bergolok gadai dengan menggadaikan barangan kemas termasuk terpaksa menjual hantaran perkahwinan berupa gelang emas. Sebab kami nak buat duit pendahuluan pindah rumah sewa baharu.
Ads
“Jadi, apabila saya sudah ada sedikit duit, barulah saya belikan gelang baharu sebagai ganti dan berikan dia duit untuk tebus semula barangan kemas yang digadai,” katanya.
Walaupun tidak sesempurna insan lain, Azmi dan isteri tetap bahagia dalam melayari bantera perkahwinan mereka. Malah sama seperti pasangan lain, Azmi juga pernah membuat kejutan istimewa kepada isteri dengan menghadiahkan bunga dan barangan kemas.
“Isteri saya suka bunga, jadi saya belikan bunga. Saya pernah buat kejutan dengan belikan barang kemas.
“Ketika itu saya masih bekerja sebagai tukang urut dengan pendapatan mencecah RM1,000 sebulan. Jadi, adalah lebih duit sikit,” katanya.
Ads
Apa yang pasti juga, kekurangan yang dimiliki bersama pasangan tidak menjadikan mereka kufur nikmat sebaliknya berasakan diberikan kelebihan lain oleh Allah SWT.
“Walaupun dalam keadaan begini, saya tidak berasa ia satu kekurangan atau susah pun. Kalau diberi peluang nak pasangan normal atau macam saya, saya nak yang sama macam saya.
“Sebab kami saling memahami selain mengetahui kekuatan dan kekurangan masing-masing. Kalau kahwin dengan isteri normal, saya pasti tak dapat membantu dan menjaganya. Sebab dia kena buat semua sediri malah perlu menguruskan saya pula.
“Jadi, apabila dapat yang sama, kami buat bersama-sama. Dalam erti kata lain susah dan senang kami bersama,” katanya.
Ads
Bercerita mengenai MV lagu tersebut lagi, Azmi berkata dia berlakon sebagai individu celik sebelum mengalami kecelakaan hingga mengakibatkannya buta.
“Jalan cerita daripada pihak pengarah dan syarikat rakaman. Ia bukanlah kisah saya atau ikut jalan cerita lagu. Saya hanya berlakon juga.
“Saya menjadi suami dan isteri dilakonkan pelakon lain. Saya menjadi orang celik, kemudian ada insiden saya hilang penglihatan.
“Pada awalnya saya tak percaya dan sering marah, tapi isteri pujuk. Sepanjang tempoh itu, rupanya isteri pun ada sakit. Jadi, saya menyesal dengan tindakan yang dibuat,” katanya.
Tulus diterbitkan Universal Music Malaysia dan Valient Music. Single ini boleh didapati di semua pelantar digital.
https://youtu.be/XpsRDW5XaIc
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak lama dulu, pengarah Erma Fatima berangkat ke Italy bagi menjayakan beberapa projek di sana, termasuk mengarahkan sebuah tele berjudul Di Sebalik Kasyafmu.
Difahamkan, antara pelakon utama yang bakal menjayakan telemovie berkenaan ialah Janna Nick.
Menerusi posting Erma di Instagram, pengarah dan penerbit berkaliber ini ada menitipkan suatu nota khas buat sesetengah peminat yang selama ini agak pesimis dengan kredibiliti Janna sama ada dalam lakonan dan nyanyian.
Tulis Erma, dia tahu kenapa dan mengapa pelakon muda itu menggunakan anugerah yang dianugerahkanNya dalam industri seni.
“KALIAN kata dia tak pandai nyanyi. KALIAN kata dia bukan PELAKUN HEBAT. Takpe..kalian bebas berkata memberi pendapat tanpa perlu bayar apa-apa.
“AKU tahu KENAPA dan MENGAPA dia menggunakan peluang yang Allah berikan ini untuk dia berada di dalam industri ini dan aku melihat dia dari jiwa aku.
“Seorang anak kecil yg NAKAL dan GILA, menjadi HERO didalam keluarganya..mencari rezeki menyara keluarga dari hasil nyanyiannya yg kalian kata tk sedap itu..dari lakunan yg kalian kata tak bagus itu,” kongsi Erma.
Pada masa sama, dia turut bangga dengan penyanyi Akan Bercinta itu yang disifatkannya sebagai seorang anak yang baik dan bertanggungjawab.
“ITULAH PERTARUHANNYA DALAM HIDUP.. Aku BANGGA kerana dia seorang ANAK yg baik dan bertanggungjawab.
“Dalam waktu yg sama aku juga nak MEMPERTARUHKAN telemovie aku ini DISEBALIK KASYAF MU…untuk ku buktikan bahawa anak GILA @jannanick ini seorang pelakun yg HEBAT,” akhirinya menerusi posting video di IG.
Selain Janna, turut sama mengikuti rombongannya ke Italy ialah Datin Umie Aida, Remy Ishak, Syafiq Kyle dan ramai lagi.
Foto: Instagram Erma Fatima/Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ahli keluarga Nurul Shuhada iaitu isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi mendakwa wanita itu mengalami kecederaan akibat ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka oleh suaminya selepas berlaku pertengkaran pada awal pagi tadi.
Ia sekaligus merungkai perkongsian foto wajah Shuhada yang berbalut kapas luka yang dimuat naik di Insta Stories, awal hari ini.
“Ya, betul Nurul Shuhada cedera selepas ditumbuk Hafidz dalam kejadian awal pagi tadi. Mulanya berlaku pertengkaran dan kemudiannya, Hafidz menumbuk Nurul Shuhada sebanyak tiga kali pada bahagian muka,” dakwanya, lapor Astro Gempak.
Ahli keluarga yang enggan didedahkan identitinya turut mendakwa, Shuhada kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan laporan polis juga sudah dibuat.
“Selepas kejadian kami buat laporan polis dan bawa Nurul Shuhada ke hospital. Dia terpaksa menerima jahitan akibat luka pada muka.
“Kami melakukan pemeriksaan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) bagi memastikan tiada sebarang kecederaan dalaman. Nurul Shuhada sudah dibenarkan pulang dan tidak ditahan wad,” katanya lagi.
Difahamkan, Shuhada masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang menimpanya dan memerlukan masa untuk berehat.
“Nurul Shuhada masih terkejut dan terkesan dengan apa yang berlaku. Sekarang Nurul Shuhada perlukan masa untuk berehat. Syukur keadaannya kini stabil,” katanya.
Terdahulu, Shuhada mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila memuat naik foto wajahnya mengalami kecederaan dan gambar tangan berdarah.
Dalam hantaran lain, Shuhada turut meluahkan rasa berang terhadap wanita yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bosan, itulah perasaan yang kita hadapi apabila penerbangan yang kita naiki terpaksa ditunda sementara akibat daripada beberapa masalah yang mungkin berpunca daripada cuaca kurang baik dan sebagainya.
Baru-baru ini, terdapat sebuah video daripada seorang penumpang penerbangan daripada Hong Kong ke Bangkok telah berkongsi suasana di dalam kapal terbang di mana seorang pramugari telah menghiburkan kesemua penumpang dengan nyanyiannya.
Pramugari tersebut telah menyanyikan dua lagu, satu lagu berbahasa inggeris bertajuk I’m Yours daripada penyanyi Jason Mraz dan satu lagi lagu berbahasa Thai.
Tindakan pramugari itu untuk menghiburkan penumpang yang sedang bosan menunggu untuk kapal terbang berlepas telah mendapat sorakan dan tepukan yang sangat kuat daripada penumpang dalam pesawat tersebut.
Tidak dapat dinafikan suara yang dimiliki oleh pramugari ini sangat sedap untuk didengar jadi tidak hairanlah jika dia mendapat tepukan dan sorakan daripada penumpang pesawat itu.
Suara yang sedap dan rupa yang cantik membuatkan lagi orang yang menonton video ini juga terhibur mendengar nyanyiannya.
Jom kita dengar pramugari ini menyanyi.
Sikap yang dimilik oleh pramugari ini harus dipuji dan dijadikan contoh kerana dia berusaha untuk membuat penumpang gembira dan seronok walaupun terpaksa menunggu untuk pesawat berlepas.
Sumber: Remaja
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...