Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim berharap agar semua pihak dapat menghormati dan memberi ruang buat isterinya, Maryam You Narae untuk menjalani proses berpantang dengan caranya sendiri.
Menurut Ryzal, meskipun isterinya itu sudah pun memeluk agama Islam, namun warisan dan buaya Korea tetap menjadi sebahagian daripada hidupnya.
“Assalamualaikum warahmatullah, Maryam atau nama sebenarnya You Narae, iaitu wanita warga Korea. Isteri saya bukan Melayu, bukan Cina, bukan India dan budaya negara lain tidak diwajibkan untuk dia ikuti.
“Isteri saya peluk Islam atau erti kata lain tukar agama bukan tukar budaya. Jadi, janganlah paksa orang menerima budaya bukan miliknya.
“Setakat ini, Maryam menjalani pantang cara tradisional dengan bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang dalam pantauan saya dan Confinement Lady yang datang rumah kami. Itu sudah memadai bagi saya dia sanggup ikut walau bukan budaya dia,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pemilik akaun Youtube DurianKimci TV itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Lantaran itu, Ryzal memohon agar masyarakat di luar sana berhenti memaksa isterinya untuk menerima budaya yang bukan miliknya.
“Kalau budaya pantang Melayu itu wajib untuk semua kaum, adakah orang Islam di Korea, Jepun, Eropah akan kena ikut juga?
“Maryam masuk Islam, bukan masuk kaum. Budaya dan warisan keluarga di Korea masih miliknya walaupun dia seorang Muslimah atau saudara baru.
“Saya minta Hajjah, Makcik, Akak serta semua disini supaya berikan ruang kepada Maryam dan hormat budaya miliknya. Terima kasih dan Selamat Malam,” kongsinya lagi.
Ads
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang disuarakan oleh Ryzal selain turut mendoakan agar Maryam sentiasa berada dalam keadaan yang baik sepanjang tempoh berpantang.
“True, cara orang tak sama. Tak perlu paksa orang ikut cara kita. Raikan perbezaan.
Ads
“Support sangat. May god bless you and Maryam unnie and baby Rina.
“Lain orang lain cara. Keselesaan masing-masing. Tak perlu sibuk cara urusan orang. Respect sama privacy orang lain,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Maryam baru sahaja melahirkan cahaya mata sulungnya yang diberi nama, Rina pada 21 Oktober lalu.
Ryzal dan Maryam telah mendirikan rumah tangga mereka pada Ogos 2019.
Sumber: Instagram Ryzal Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Masa ni saya dah pandang dah jodoh sy.. Tapi dia tak pndang sy pun @missfazura.. #jodohrahsiaAllah #jodohpastibertemu,” tulis Fattah di ruangan kapsyen.
Gambar tersebut telah mendapat puluhan ribu tanda suka (likes) dan pastinya netizen telah memberikan pelbagai jenis komen menerusi gambar itu.
Lantas, Fazura turut memberi komen terhadap gambar tersebut.
“Nak pandang malu.. nanti takut terjatuh cinta, awak pula tak mahu,” balas Fazura.
Mereka mula digandingkan bersama menerusi drama Hero Seorang Cinderella (HSC) lalu timbulnya bibit-bibit percintaan antara pasangan merpati dua sejoli ini.
Apa-apa pun, MH doakan semoga kalian kekal bahagia hingga Jannah dan sentiasa sukses dalam apa jua bidang!
Foto : IG Fattah Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan produk kecantikan sensasi, Nur Sajat mengabadikan momen indah apabila menghadiahkan sebuah telefon pintar jenis android kepada ibunya.
Kongsi Sajat, ibunya mengadu telefon bimbit asyik rosak hingga menyukarkan dirinya untuk berhubung.
“Sayang mak selamanya. Bila mak kita bagi tahu, Handfon mak ini dah rosak, tak hidup lah..dok kias2 kat sajat. mak sajat ini bukan jenis meminta,tetapi mak sajat kalau ada masalah,mengadu sahaja.. sajat sebagai anak, faham sangat mak sajat ini.
“Bila dia datang rumah, jenis tak boleh duduk diam..mesti nak mood rumah, walaupun kita dah ada pembantu.tetap nak kemas2 sajat..jenis mak yang rajin..sayang mak dunia dah akhirat,” kongsi ushawan itu.
Malah, Sajat memberi pesanan agar sentiasa menghormati dan menyanyangi kedua ibu bapa kerana doa mereka membuatkan anak-anak berjaya dunia dan akhirat.
“Kalau uols nak berjaya dalam dunia ini,mak ayah jgn kita derhaka..sayangi mereka..tanpa mak ayah,siapa lah kita.
“Doa paling makbul,adalah doa dari orang tua kita..seburuk mana pun kita,jahat mana pun kita,buat lah apa pun kat diri kita.
“Mak ayah jangan lah lupa…selagi mak ayah ada,jaga lah mereka..rajin2 call mak ayah,dah rajin tengok balik kg tengok mak ayah..klu mak ayah boleh menjaga 10 orang anak,tak kan kita adik beradik tak boleh jaga mak dan ayah kita,” tulisnya sambil disertakan video IGTV yang memaparkan aksi kejutan yang diberikan buat ibunya.
Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bakal membina sebuah masjid dengan berkapasiti 700 orang di kampung halaman pelakon lekaki terbabit di Kampung Rengit, Johor.
Projek pembinaan masjid itu akan dimulakan awal tahun hadapan.
Menurut Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari,33, dia dan isteri sepakat untuk menggunakan duit keuntungan produk terbaru keluaran syarikat kosmetik milik mereka, Wawa Cosmetics iaitu Muslim Bukhari bagi tujuan murni itu.
“Idea ini datang daripada Wawa yang mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad tentang andai ingin menempa nama di syurga, jika mempunyai wang lebih maka binalah masjid.
“Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung kawasan tersebut dan insya-Allah telah bersetuju untuk menghulur dana dalam anggaran RM1.2 juta ringgit hasil keuntungan produk Muslim Bukhari,” jelasnya.
Pasangan itu berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pelancaran Muslim Bukhari di Pusat Konvensen SACC, Shah Alam, pada Sabtu.
Tambah pelakon Cari Aku Di Syurga itu lagi, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk atau riak, sebaliknya hanya sekadar berkongsi peluang dengan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.
“Setiap orang yang membeli set produk Muslim Bukhari ini adalah penyumbang kepada dana masjid ini dan bukan hanya pada nama saya atau Wawa sahaja.
“Produk ini hanya dikeluarkan sebanyak 80,000 ribu unit dan tiada sebarang penambahan stok sebaik sahaja habis dijual,” jelasnya lagi.
Edisi kosmetik Muslim Bukhari yang sudah pun dijual bermula hari ini mengandungi dua pengilat bibir, set mekap dan wangian untuk harga RM79 satu set.
Terharu atas reaksi positif yang diterima meski baru dilancarkan, Aeril dan Wawa berharap agar produk terbaru ini turut menerima sambutan sebagaimana koleksi kosmetik mereka sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Diva tersohor Indonesia, Krisdayanti, sekali lagi membuktikan bahawa dirinya bukan sekadar ikon muzik, tetapi juga wanita berjiwa besar.Kini, pada usia 50 tahun, isteri kepada...