Tahniah diucapkan buat pemain bola sepak skuad Gergasi Merah, Wan Zack Haikal yang baru sahaja selamat timang seorang lagi cahaya mata, pada Sabtu.

Perkara tersebut dikongsikan bintang sukan berusia 27 tahun itu menerusi Instagram miliknya, awal semalam.

Sambil mengharapkan anak ketiganya itu membesar sebagai seorang yang soleh, Wan Zack turut berdoa agar permata hati bongsunya itu berjaya dunia akhirat.

“Bismillahirrahmanirrahim..Alhamdulillah dengan kurniaan Cahaya Mata yg ke-3.

Ads

“Setelah bersetuju dengan segalanya di dalam perut Ibumu maka bertemulah kamu Dunia wahai anakku.

“Abi mendoakan supaya anak abi menjadi anak yg soleh, pejuang islam, berjaya didunia dan akhirat. Terima kasih SAYANG @shyfa,” tulisnya.

Ads

Lalu, perkongsian berkenaan meraih ribuan tanda suka serta dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan taulan serta pengikutnya di Instagram.

Syahifah turut berkongsi momen istimewa itu menerusi Insta Stories.

Ads

Isteri Selamat Bersalin, Wan Zack Haikal Timang Cahaya Mata Ketiga. Tahniah!

Terdahulu, pemain yang pernah menerima anugerah Pemain Muda Terbaik FAM 2011 ini, mendirikan rumah tangga bersama Nur Syahifah Azmi pada 30 Mei 2014.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini turut dikurniakan dua cahaya mata, Wan Ziyyadh Haikal dan Wan Shyfa Dellyssa.

Foto: Instagram Wan Zack Haikal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI