Pemain bola sepak negara, Izham Tarmizi memaklumkan isterinya yang juga merupakan pelakon terkenal, Mia Ahmad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga awal pagi tadi.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Izham menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
View this post on Instagram
“Assalamualaikum. Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan baby girl yang juga merupakan anak ke tiga kami pada jam 1.25 pagi tadi,” katanya.
Menerusi entri yang sama, penjaga gol pasukan Sri Pahang itu turut berkongsi foto yang memaparkan dirinya sedang memangku bayi perempuannya itu.
Malah, Izham turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan isteri serta anaknya itu.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan uruskan kalian semuanya,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan-rakan atlet serta serta turut berkongsi rasa gembira selain turut mendoakan semoga Izam dan Mia kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Sekadar informasi, Izham dan Mia telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 13 Januari 2017 dan terlebih dahulu dikurniakan dua cahaya mata.
Terdahulu, selepas hampir lapan tahun bersama pasukan Johor Darul Takzim, Izham bakal memperkuat pasukan Sri Pahang bermua musim hadapan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Izham Tarmizi & Mia Ahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI