Penyanyi rap terkenal, Altimet mendedahkan bahawa dia mula menyedari menghidap Dyslexia pada usia 28 tahun.

Ketika itu, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad diberitahu isterinya mengenai simptom-simptom berkenaan.

“Saya berumahtangga dengan seorang bekas guru. Jadi, dia ada pengetahuan dan dia sudah dilatih dengan perkara macam ini untuk melihat perkara sama kepada pelajar-pelajarnya. 

“Ketika itu,dia (isteri) tengok saya, dia kata “saya rasa awak ada dyslexia lah, awak pergi periksa” kerana dia perasan yang saya baca dan mengeja kadang-kadang tak betul.

“Jadi saya pergi periksa dan memang betul saya mengidap masalah itu,” katanya yang mendapat tahu menghidap dyslexia pada umur 28 tahun. 

IKLAN

Kongsi penyanyi lagu Bunga itu, sewaktu di zaman persekolahan ada beberapa subjek yang sukar untuk dikuasai, tetapi ada juga yang mahir.

“Sewaktu di sekolah menengah, subjek yang saya skor adalah subjek yang lebih cenderung kepada pemahaman, bukan kepada yang banyak membaca. 

“Misalnya saya kurang dalam subjek Geografi dan Sejarah, tetapi subjek Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan saya kuasai sebab ia adalah subjek pemahaman.

IKLAN

“Bagilah apa soalan sekalipun, saya boleh jawab dan bagi saya ia senang,”selorohnya yang kini sedang mengusahakan perniagaan makanan segera, pizza dan aplikasi Recite iaitu bacaan tajwid.

Bagaimanapun, Altimet, 41, tidak menganggap dyslexia sebagai beban atau masalah kerana ia mempunyai kelebihan dan kekurangan dari pelbagai aspek.

“Dysleksia ini satu kondisi di mana sukar untuk membaca atau kurang keupayaan dalm pembelajaran.

IKLAN

“Ada orang belajar lebih ketika dia membaca, ada orang secara mendengar, ada orang belajar dengan cara membuat. Bila baca tak ingat, tapi bila tulis atau dengar orang cakap dia akan ingat.

“Lain orang, lain cara pembelajarannya. Ini cara Allah sudah mencipta umatNya dari segi bentuk muka berbeza, cara berfikir, fizikal,” ujarnya. 

Ikuti video penuh di Youtube Zayan.My

Video : Youtube Zayan.My

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI