Kadang-kadang dalam hidup berumah tangga pasti ada pasang surutnya, gembira dan bahagia itu sudah menjadi sasaran untuk dikecapi oleh semua pasangan.

Namun begitu, ada ketikanya perselisihan faham pasti akan berlaku. Bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.

Baru-baru ini MH Online mendapat satu berita daripada Sinar Harian, difahamkan seorang isteri telah terjun ke sebuah tasik gara-gara perselisihan faham dan merajuk dengan suaminya.

Wanita itu telah bertindak nekad terjun ke dalam tasik di Taman Tasik Taiping pada Jumaat lalu kira-kira jam 3.15 petang. Kejadian ini disedari oleh suaminya apabila tejumpa sepasang selipar yang ditinggalkan isterinya di kawasan tebing tasik tersebut.

Ads

Walau bagaimanapun, wanita tersebut ditemui selamat setelah didapati naik sendiri ke tebing tasik berhampiran kawasan Hotel Seri Malaysia.

Musa Abdul Wahab, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasa itu kira-kira jam 3.16 petang.

Musa berkata, tinjauan telah dilakukan dilokasi kejadian dan menemui selipar milik mangsa di kawasan berhampiran.

Ads

Isteri Terjun Tasik Sebab Merajuk Dengan Suami

“Gerakan mencari dilakukan, namun tidak lama kemudian, mangsa ditemui selamat oleh orang awam setelah naik di tebing,” katanya.

Menurutnya lagi, mangsa difahamkan sedang mengalami masalah rumah tangga dan suaminya beranggapan isterinya lemas di tasik berkenaan.

Ads

Katanya lagi, operasi tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak pilis bagi menjalankan siasatan lanjut.

Buat para isteri dan suami di luar sana, diharapkan jika berlakunya sebarang perselisihan faham antara kamu, cubalah untuk selesaikan dalam keadaan yang baik dan tidak membuat keputusan secara melulu sehingga tindakan yang dilakukan boleh membahayakan nyawa sendiri atau orang lain.

Sumber: Sinar Harian

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI