Isteri kepada pelakon Faizal Hussein, Suhaila Sulaiman berkongsi fotonya sekeluarga saat menyambut ulang tahun kelahiran suami tercinta.
Sambil menitipkan ucapan hari jadi, entri berkenaan turut dihujani dengan komen yang nyata mengimbau kenangan.
“Happy birthday Papa,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.
Lalu, para peminat tidak melepaskan peluang turut memberikan ucapan dan ada di antara mereka yang bergurau, memanggil Faizal sebagai Roy, iaitu watak yang dibawanya menerusi filem Gila-Gila Remaja (1986).
Foto: Instagram Suhaila Sulaiman