Penyanyi Usop memaklumkan khabar gembira apabila isterinya, Nur Fatihah Md Hashim selamat bersalin anak lelaki pada lewat malam Khamis.
Berita itu dikongsikan Usop atau nama sebenarnya, Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor, 25, menerusi laman Instagram miliknya.
Dalam entri itu juga, Usop turut berkongsi nama cahaya mata sulungnya iaitu Muhamad Saif Umar.
Walau bagaimanapun, penyanyi yang dicungkil bakat menerusi program Mentor Milenia itu masih belum berkongsikan wajah Saif buat tatapan umum.
“Alhamdulillah, Assalamualaikum Muhamad Saif Umar. Terima kasih yang mendoakan isteri Usop,” tulisnya.
Usop dan isteri diijabkabulkan pada 4 Februari lalu di majlis yang diadakan secara tertutup di Penaga, Pulau Pinang.
Pasangan ini berkenalan selama dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk bertunang pada 4 November 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Usop
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Selamat Tinggal Semua, Terima Kasih Kerana…,” – Sarah Hildebrand Umum Bersara
Pelakon dan pengacara, Sarah Hildebrand mengejutkan ramai selepas mengumumkan persaraannya daripada industri seni tanah air.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di Instagram pagi tadi.
Menurut Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, dia tidak akan melibatkan dirinya dalam apa jua bidang membabitkan industri seni selepas ini.
“Saya rasa ini merupakan cara yang terbaik untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa saya sudah bersara daripada industri seni hiburan Malaysia.
“Saya tidak lagi akan menerima sebarang tawaran sama ada sebagai pelakon atau pengacara TV.
“Saya memang ada menerima beberapa tawaran daripada pelbagai rumah produksi tetapi saya mintak maaf kerana tidak dapat memberikan maklum balas. Saya sudah berhenti,” katanya.
Menerusi video berdurasi hampir satu minit itu, Sarah turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah menyokongnya selama inj
Katanya lagi, dia juga tidak mungkin dapat melupakan segala kenangan pahit dan manis sepanjang bergelar anak seni.
“Viralkan video ini supaya lebih ramai orang tahu. Selamat tinggal semua. Terima kasih kerana menerima saya sepanjang lebih satu dekad penglibatan saya di dalam industri seni ini.
“Terima kasih untuk segala kenangan pahit dan manis. Saya akan sentiasa kenang setiap memori dan pengalaman yang telah saya lalui.
“Ia sememangnya mematangkan saya sebagai seorang manusia dan juga penggiat seni. Kita jumpa lagi diwaktu dan ketika yang lain,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menghormati keputusan tersebut selain turut menitipkan ucapan semoga Sarah akan terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburinya nanti.
“Kami kami merindui untuk melihat awak di kaca tv. Semoga berjaya dalam apa jua yang awak lakukan.
“Walau apa jua sebabnya, saya mendoakan yang terbaik untuk kehidupan awak. Semoga awak terus berjaya di luar sana.
“Kami akan merindui awak Sarah. Selamat maju saya. Salam sayang dari Singapura.
“Semoga terus maju ke hadapan. Saya sentiasa doakan untuk awak.
“Selamat bersara Sarah,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar informasi, sepanjang bergelar anak seni, Sarah telah membintangi pelbagai drama-drama tempatan seperti Rindu Awak 200%, Suami Tanpa Cinta, Pujaan Hati Kanda dan banyak lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Sarah Hildebrand, Carian Google
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Gambar Diorang Model Yang Pakai, Anda Model Ke?,” – Keluhan Bila Baju Raya Tak Sama Macam Iklan, Ini Pandangan Michael Ang
Pengarah dan penerbit terkenal, Michael Ang menyuarakan pandangan mengenai tabiat segelintir pihak yang sering mengeluh mengenai pakaian yang dibeli secara atas talian kerana dikatakan tidak sama seperti apa yang ditunjukkan di dalam iklan.
Menurut Michael, kebanyakkan iklan-iklan pakaian ini hanya menunjukkan sisi cantiknya sahaja dan sebagai pembeli, kita harus bijak menilai.
“Sudah-sudah la post cakap beli baju raya online tak seperti apa diiklankan. Anda kena ingat, gambar diorang model yang pakai. Anda model ke?
“Kedua, anda semua beli ikut apa yang anda semua fikir akan muat. Material pun korang tengok dekat gambar je. Semua benda lepas ambil gambar dan kena touch up cantik la,” tulisnya.
Pandangan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu Cinta Dan Propa itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik pada Selasa.
Dalam pada itu, Michael turut merasakan cara terbaik untuk membeli pakaian baharu adalah dengan mencuba dan merasai sendiri agar ianya dapat memenuhi kepuasan.
“Nama pun iklan. Saya masih lagi rasa kalau beli baju ni kena cuba pakai dan rasa material baru beli. Kalau beli online tu, terimalah apa yang dapat dan tukar balik kalau tak puas hati. Tak payah nak kutuk-kutuk.
“Melainkanlah kalau baju sampai tu kotor atau bukan apa yang anda order. La la la mesti aku akan kena kutuk. Bring it on,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama dan berharap agar tabiat seperti ini dapat dihentikan.
“Betul sangat. Lebuh baik walk in sahaja di butik. Lagi puas hati.
“Memang kena tanggung risiko sendiri kalau nak beli barang onlne ni.
“Setuju. I nak beli baju kena pegang. Baru puas hati. Kalau beli online terima sahaja dengan reda.
“Setuju. Sebab tu jarang beli online melainkan mental dah ready untuk apa juga kemungkinan. Berani ambil risiko.
“Ukur baju di badan sendiri. Kalau beli online kena rajin-rajin tengok feedback. Alhamdulillah apa yang saya beli online semuanya puas hati,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Hasil pemerhatian MH, isu-isu melibatkan pembelian pakaian secara atas talian ini sering kali terjadi bila menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Sebagai pengguna, kita mempunyai pilihan untuk berbelanja secara atas talian ataupun kedai-kedai fizikal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Michael Ang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] “Ada Beza Ke Dalam Gambar & Depan2?” – Kenapa Pula Wawa Zainal?
Pelakon dan usahawan Wawa Zainal ada berkongsi sepotong video di Instagrammya baru-baru ini.
Video yang dirakam suaminya,Aeril Zafrel itu telah mendapat hampir setengah juta tontonan menerusi aplikasi berkenaan.
“Ada beza ke dlm gambar dgn depan2?,”tulis Wawa di ruangan kapsyen.
View this post on Instagramada beza ke dalam gambar dengan depan2?
A post shared by Wawa Zainal ™️ (@w4w4_zainal) on
Video tersebut memaparkan Aeril sedang menatap gambar Wawa yang kelihatan vougue dan versatil, bagaimanapun secara ‘realitinya’ dilihat Wawa sedang memakan biskut dengan rakusnya.
Lalu, netizen telah meninggalkan komen dan terhibur dengan aksi comel ibu kepada dua orang cahaya mata itu.
Aduhai, ada sahaja karenah pasangan suami isteri ini? Apa-apa pun semoga bahagia!
Video: IG Wawa Zainal
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI