“Isterinya Juga Mencium Suaminya Berulang Kali.”

Share

Ustaz Dr. Yulian Azhari yang turut bersama-sama memandikan jenazah pelakon, Allahyarham Ashraf Sinclair mendedahkan isterinya, Bunga Citra Lestari mencium jenazah suami berulang kali.

Bercakap menerusi saluran YouTube beepdo, Yulian yang difahamkan turut berada di kawasan Pejaten, Jakarta Selatan, menambah arwah juga seorang yang sering mendekati anak yatim.

“Mengikut informasi ketika lakukan solat jenazah, arwah seorang yang sering mendekati anak-anak yatim. Arwah sering berkunjung ke rumah anak yatim di kawasan sekitar.

“Sesiapa pun, pastilah akan menitiskan air mata kerana anaknya masih kecil. Usianya seakan-akan anak saya yang berusia tiga tahun lebih dan isterinya juga mencium suaminya berulang kali.

“Memang tidak kuat kerana arwah pergi pada usia yang muda. Tapi apa boleh buat, semuanya atas kuasa Allah SWT. Semua makhluk bernyawa akan menemui kematian.

“Namun kita sesama manusia perlu sabar. Kita doakan semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang mulia di sisi Allah SWT,” antara kenyataan yang dipetik.

Dr. Yulian turut menjelaskan, majlis tahlil akan dilangsungkan selama seminggu di kediaman arwah.

Terdahulu media melaporkan, Ashraf atau nama sebenarnya, Ashraf Daniel Bin Mohamed Sinclair menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 4.51 pagi tadi pada usia 40 tahun.

Allahyarham mendirikan rumah tangga bersama BCL sekitar tahun 2008 lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Sinclair yang kini mencecah usia 10 tahun.

Ikuti rakaman penuh temu bual penuhnya di sini;

Sumber: Saluran YouTube beepdo

Published by
MH