
Isu yang terkait di antara pendakwah terkenal, Ebit Lew dan Influencer dan rapper, Caprice ketika ini masih menjadi tumpuan ramai.
Rata-rata warganet memberikan reaksi pelbagai dan ada yang memberikan pendapat masing-masing meski hal sebenar masih belum dijelaskan secara terperinci Caprice.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi Al-Hijrah online berkata, kedua-dua pihak terbaik sebaiknya memilih jalan damai dan berlapang dada.
“Saya tiada komen sebab saya belum meneliti apa-apa. Itu hal peribadi, kedua-duanya sahabat saya, pernah datang bertemu.
“Hal seperti ini seeloknya damaikanlah sebaik mungkin, berlapang dada,” katanya selepas Program Sumbangan Dana Perlu dan Dana Pelajar Yayasan Wakaf Malaysia (YKM) di Taman Mantau Indah.
Terdahulu Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli mencetuskan kontroversi selepas penyanyi rap itu bertindak meluahkan rasa tidak puas hati berhubung misi bantuan pendakwah berkenaan di Gaza, baru-baru ini.
Pada 23 Jun lalu, Caprice terbang ke Mesir bagi menjayakan sebuah misi kemanusiaan di Gaza. Namun sehingga ke hari ini, dia masih belum dibenarkan untuk memasuki ke wilayah bergolak itu.
Sumber: Al Hijrah Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“14 Tahun, Ini Kali Pertama Berborak Dengan Dia,” – Anggap Macam ‘Pasu Kurun ke-18’, Ini Persepsi Alif Satar Terhadap Che Ta

Artis versatil, Alif Satar tidak menyangka bekerjasama dengan pelakon, Rozita Che Wan menjadi sesuatu yang luar biasa dan menghiburkan.
Kongsi Alif, meski kehadiranya dalam industri hiburan sudah mencecah 14 tahun, namun ini merupakan kali pertama bergandingan dengan pelakon wanita itu menerusi drama bersiri komedi aksi, Family Spy di saluran Astro Ceria.
“Selama saya 14 tahun dalam inudustri, saya tak pernah jumpa dia (Che Ta) untuk berborak panjang dan duduk satu meja.
“Walhal, industri hiburan tempatan kecil sahaja, saya tidak begitu mengenali dia sebelum ini,” katanya kepada MH.
Alif ditemui di Great Eastern Mall, Ampang pada Isnin sempena pengenalan drama bersiri terbaru Astro Ceria terbabit.
Tambah penyanyi lagu I Want You To Love Me itu lagi, dia juga amat kagumi keperibadian ibu kepada tiga cahaya maya itu yang disifatkan peramah dan tidak kekok berkongsi ilmu lakonan.
“Bekerja dengan Che Ta sangat seronok dan menghiburkan. Dia juga seorang yang baik. Kadang-kadang ‘pecah perut’ juga apabila dengar dia berleter dalam loghat utara.
“Saya sangkakan dia seorang diva dan diibaratkan seperti sebuah pasu bunga kurun ke-18 yang perlu dijaga dalam kaca bersama beberapa orang pengawal.
“Ia kelihatan sangat mahal dan perlu dilindungi sebaik mungkin.
“Tetapi apabila masuk sahaja di set pengambaran, baru saya tahu dia seorang yang ‘masuk air’ dan sama-sama belajar untuk mendalami karakter dengan jayanya,” kongsi Alif yang berharap untuk berkerjasama dengan pelakon wanita itu di masa depan.
Selain Che Ta dan Alif, antara pelakon yang terlibat adalah Sham Visa, Sharifah Shahirah, Datin Maria Farida, Nynaa Harizal dan Charis Chow.
Drama bergenre komedi aksi Family Spy akan disiarkan bermula 11 Mac ini jam 9 malam di saluran Astro Ceria (611) dan Astro Ceria HD (631).
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bayi Seberat 2.79kg Dilahirkan Secara Normal, Ain Edruce Syukur Dipermudahkan – “Harap Tanggungjawab Baru Ini Akan Saya Pikul Sebaik Mungkin.”

Tahniah diucapkan buat pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang selamat melahirkan anak perempuan jam 1.30 pagi semalam.
Bayi dengan berat 2.79 kilogram itu dilahirkan secara normal di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor.
Menurut Ain, meski dia merasakan bakal menimang anak lelaki, namun dia dan suami menerima kehadiran ‘baby girl’ dengan hati terbuka dan bersyukur atas rezeki yang dikurniakan.
“Ain awalnya meneka akan melahirkan anak lelaki, manakala suami pula menebak anak sulung kami jantina perempuan.
“Nampaknya tekaan suami saya yang betul. Apapun jantina, saya dan suami menyambut tanda cinta kami ini dengan penuh kesyukuran,” katanya.
Isteri kepada ahli perniagaan, Amirul Hafiz Mustaffa itu berkata hingga saat ini dia tidak menyangka akan bergelar ibu.
“Memang kalau cakap dah jadi ibu, saya sendiri rasa macam di awang-awangan. Tapi semestinya saya dan suami mengharapkan rumah tangga kami akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata sulung.
“Harapnya tanggungjawab baru ini akan saya pikul sebaik mungkin. Insya-Allah. Syukur juga proses kelahiran anak sulung kami dipermudahkan,” katanya lagi.
Terdahulu gelagat Ain berkongsi video di aplikasi TikTok sementara menanti detik bersalin nyata mencuri tumpuan ramai.
Untuk rekod, pasangan ini bernikah pada 13 Disember 2019.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Undang Sebak! Jasmin Hamid Kongsi Pengorbanan Frontliner, Foto Cleaner Dan Petugas Hospital Kehausan Jentik Hati

Pelakon Jasmin Hamid menyatakan golongan pekerja pembersihan seringkali dipandang sebelah mata dan tidak diendahkan.
Namun, servis mereka itu betapa besarnya pengorbanan kepada negara.
Tanpa mereka menjalankan rutin pembersihan, rakyat akan hidup dalam keadaan yang serba tidak bersih.
“JANGAN KITA LUPA PADA MEREKA….
Mereka juga boleh di golongkan sebagai WIRA kita yang kita selalu TERLEPAS PANDANG dan rasa JIJIK oleh SEGELINTIR MASYARAKAT kerana kerja mereka mengutip SAMPAH BUSUK KITA.
“Tanpa mereka, penyakit lain pula yang akan timbul bila SAMPAH SARAP tidak di kutip.. Dah la kita makan tidur, makan tidur sepanjang PKP ni. Sudah semestinya SAMPAH berlambak -lambak.
“Cukuplah seminggu mereka tak datang KUTIP SAMPAH BUSUK kita, semua orang akan runsing sebab semua dah BERBAU BUSUK. Maknanya we need each other, uols,” tulisnya.
Pada masa sama, bintang drama itu turut meminta ramai tidak lokek untuk merakamkan ucapan terima kasih dan jauhkan diri dari sifat menghina.
“Hulurkanlah juga BANTUAN bagi yang mampu kepada mereka kerana mereka juga ada perut untuk di isi.. Sekurang-kurangnya ucap TERIMA KASIH ataupun paling tidak berikan SENYUMAN.
“Kalau senyum pun tak boleh beri, MATI JELAH.. Jangan mengira Bangsa dan Agama bila kita nak buat kebaikan.. JAUHKAN SIFAT MENGHINA pekerjaan seseorang yang menjemput REZEKI HALAL dari ALLAH. DUNIA ni bulat dan berputar,” kongsinya lagi.
View this post on InstagramA post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Terdahulu, sebuah foto yang menunjukkan petugas kesihatan yang memakai PPE sedang disuakan air minuman mengundang sebak di hati netizen.
Ulasnya, netizen hanya diminta duduk di rumah dan tidak perlu berkorban nyawa dan tenaga seperti barisan frontliner, namun dia hairan mengapa masih ada lagi yang berdegil.
“Allahuakhbar. Sedihnya melihat keadaan FRONTLINERS yang kehausan kerana kewajipan menjalankan tugas yang telah di amanahkan.. PEDIH bila ada SEGELINTIR masyarakat yang pandang SERONG dengan pekerjaan mereka.
“Tanpa mereka, adakah kita dapat merawat sendiri WABAK COVOD_19 ini??? .
“Kita hanya di minta ikut perintah KERAJAAN dengan menjaga KESIHATAN dan DUDUK RUMAH untuk putuskan rantaian COVID_19 sahaja, bukan di suruh bertungkus lumus merawat pesakit , menjaga keamanan serta penuhi keperluan Rakyat.
“Takkan itu pun nak merungut?? Atau kita semua AKAN HAPPY bila PKP terpaksa di sambung lagi hanya kerana sikap SELFISH dan DEGIL kita?
“Jika kita merungut, bermakna kita sudah marah pada ALLAH.. WAJIB bersangka baik kepada ALLAH walau apapun keadaan yang ALLAH turunkan kepada kita.
“Jadilah seorang yang BERAKHLAK..
JAGA LISAN, JAGA KESIHATAN, JAGA IMAN.. Jangan putus berdoa mengikut agama masing-masing.
“Hargailah jasa dan pengorbanan mereka yang berkorban nyawa, masa dan tenaga untuk kita semua.. USAHA, DOA dan TAWAKAL,” ulasnya.
View this post on InstagramA post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh) on
Foto : Instagram Jasmin Hamid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI