
Kebelakangan ini, banyak kes penceraian rumah tangga melibatkan selebriti kerap menjadi buah mulut pemint sejak akhir-akhir ini.
Pelakon dan model, Nadia Brian atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi yang bakal bergelar isteri tidak lama lagi ada berkongsi pandangannya.
“Sebenarnya benda macam tu kita tak boleh elakkan. Sebabnya, dalam kehidupan kita pun, kalau tak kahwin sekalipun, tetap akan diduga dengan dugaan kehidupan yang lain.
“Akan tetapi pastinya setiap pasangan berkahwn impikan sebuah perkahwinan yang berkekalan, bahagia.
“Tak nak pun yang benda-benda sedih. Jadi kita doakan yang terbaik,”kongsi Nadia kepada MH.
Di samping itu, pelakon berusia 28 tahun itu juga menambah, dia tidak mempunyai perasaan takut untuk mendirikan rumah tangga meski banyak kes penceraian rumah tangga di kalangan selebriti berlaku.
“Rasa takut ke apa memang tak ada sebab itu semua ketentuan Allah. So just go with flow. Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja, insyaAllah dipermudahkan,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Nadia ditemui MH pada majlis pembukaan butik baru jenama Kate Spade di Suria, KLCC, baru-baru ini.
Majlis raikan cukup meriah serta dihadiri rakan artis lainnya seperti Scha Alyahya, Tasha Shila, Ain Edruce, Siti Saleha, Daiyan Trisha, Hannah Delisha dan ramai lagi.
Perasmian majlis tersebut telah dirasmikan oleh artis Korea terkenal, Oh Yeon Seo yang merupakan seorang pelakon drama bersiri My Sassy Girl.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pertembungan Vokal ‘Powerhouse’ Di Semi Final Kilauan Emas 2024, Atie Raih 61.03% & Gagal Lolos Ke Saingan Akhir!

Konsert separuh akhir Kilauan Emas 2024 menyaksikan para peserta menunjukkan taring sebenar dengan mempertaruhkan kualiti vokal tersendiri bagi merebut peluang ke konsert akhir, minggu hadapan.
Ina meneruskan rentak kecemerlangan untuk sekali lagi meraih markah tertinggi iaitu 79.40%, sekali gus berada di posisi paling atas dalam kalangan enam peserta lain.
Ina juga dinobatkan selaku pemenang Anugerah Emas Berkilau Of The Week hasil undian peminat.
Gie dan Sidi pula masing-masing meraih markah 78.16% dan 73.52% dan berada di kedudukan kedua dan ketiga.
Bagaimanapun, hasrat Atie untuk melangkah ke konsert akhir tidak kesampaian apabila namanya diumumkan tersingkir.
Menyampaikan dua buah lagu iaitu How Do I Live dan Asmara secara medley, Atie gagal menyaingi persembahan enam finalis dengan menerima markah terendah iaitu sebanyak 61.03%.
Berikut adalah markah keseluruhan Konsert Separuh Akhir Kilauan Emas 2024;
Ina Keluar Dari Zon Selesa, Persembahan Raih Pujian Khir Rahmah
Strategi Ina untuk menyahut cabaran dan keluar daripada zon selesa nyata berhasil apabila persembahannya menerusi lagu Mana Satu nyanyian asal Juliana Banos mendapat pujian juri jemputan, Khir Rahman.
Menurut Ina, membawakan lagu berentak R&B sambil menari merupakan percaturan yang agak berisiko lebih-lebih lagi di minggu separuh akhir ini.
“Saya memang tak suka dan tak pandai menari. Apa yang ditunjukkan di atas pentas itu, saya hentam dan enjoy sahaja.
“Bukan dari segi tarian sahaja susah tapi pengawalan vokal dan rentaknya juga amat mencabar. Bukan senang nak bawakan lagu R&B.
“Pada saya, lagu asli lebih mudah untuk dinyanyikan. Namun, saya tetap terus berlatih untuk tidak mahu buat kesilapan. Malangnya, ada sedikit kesilapan tempo pada lagu pertama,” katanya.
Bagaimanapun, kesilapan tersebut tidak mematahkan semangat Ina sebaliknya membakar keyakinan untuk beraksi cemerlang ketika lagu kedua.
“Nak buat macam mana? Kesilapan sudah pun berlaku.
“Bila berlakunya kesilapan pertama itu, bila kita terjatuh, saya pilih untuk bangkit semula sehingga tamat persembahan,” kongsinya lagi.
Silap Percaturan, Atie Reda Tersingkir
Gagal mara ke konsert akhir, Atie memaklumkan dirinya menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.
“Sudah tentu perasaan ralat itu ada. Kita pun sudah menyimpan impian. Namun, tak mengapa kerana ini lumrah program realiti. Memang atau kalah, itu adalah adat.
“Kita kena akur. Yang buatkan saya sedih ketika ini adalah kerana terpaksa meninggalkan kawan-kawan,” katanya.
Pada masa sama, peserta asal Negeri Sembilan ini juga akui terdapat kesilapan percaturan dalam soal pemilihan lagu.
“Mungkin saya tak all out dan pemilihan lagu kurang sesuai. Para peserta lain mempersembahkan lagu yang ‘strong’ dan fast tempo tetapi lagu saya berentak perlahan.
“Sepanjang berada di sini, saya sudah menimba pelbagai pengalaman. Orang lain tak dapat peluang seperti ini. Soal rezeki, segalanya sudah Allah tentukan.
“Kalau tersingkir di minggu awal, mungkin saya lebih ralat lagi. Saya reda,” ujarnya lagi.
Konsert minggu ini telah dinilai oleh juri tetap, Erra Fazira manakala Khir Rahman dan Jatt Ali bertindak sebagai juri jemputan.
Program yang dihoskan Elly Mazlein ini bersiaran secara langsung di saluran Astro Prima (105) dan boleh distrim menerusi apliaksi Astro Go dan Sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Watch on TikTok
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Bukan Tiba-Tiba Jadi Normala…,” – 16 Tahun Di Posisi Unggul, Puan Sri Normala Samsudin Kini Berada Di Kerusi Tetap Juri Pencarian Ratu Hijabista 2020

Setelah lama menyepi dari kaca televisyen, Puan Sri Normala Samsudin bakal tampil sebagai juri tetap program terbaru, Pencarian Ratu Hijabista 2020.
Kembali memeriahkan dunia penyiaran, Puan Sri Normala, menjelaskan dia menerima tawaran tersebut bukan disebabkan ‘rindu’ terhadap industri, tapi atas dasar tanggungjawab menggilap bakat baru.
“Bagi sesiapa yang mengikuti saya di Instagram dan sebagainya, jujurnya saya tidaklah terlalu rindu memandangkan kita sekarang sudah ada media sosial.
“Saya rasa tiada soal rindu di sini kerana pengacaraan itu memang dah ada dalam diri saya sendiri walaupun hanya di Instagram saja. Saya boleh keluar bila-bila masa sahaja di platform sana.
“Apa pun, ini adalah amanah dan tanggungjawab yang harus saya galas,” katanya.
Ditanya apabila ramai penonton yang ada membandingkan soal kredibiliti yang dimiliki pengacara masa kini dengan orang lama, Normala mempunyai jawapannya sendiri.
“Kita kena bezakan dulu dan sekarang. Kini dunia semasa dah lain dan banyak bezanyanya. Malah, tidak dinafikan ramai pengacara yang tumbuh lebih macam cendawan.
“Cumanya, bila dibandingkan dengan seseorang seperti ‘kenapa kita tak jadi macam dia’, itu normal. Normal bagi seseorang menghakimi orang lain.
“Walaupun, kadang-kadang kita terasa, tapi bagi saya adalah lebih baik kita mengambil pendekatan bahawa seseorang itu mempunyai kelebihan mereka tersendiri.
“Seorang pengacara tu ada kelebihan mereka masing-masing. Saya bukan tiba-tiba jadi Normala Samsudin. Saya pernah salah, saya pernah buat blunders. Tons of times ketika di TV3.
“Sebutan salah dan cara life talk show semua kena belajar dan ia mengambil masa yang lama. 16 tahun di TV3 tu saya slowly belajar dari kesilapan.
“Kemudian kalau kita bertahan, kuat depani cabaran dan tahan sabar, InsyaAllah kita boleh, begitu juga dengan bakat-bakat yang ada,” jelasnya lagi.
Puan Sri Normala berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media dan pengenalan top 12 Ratu Hijabista 2020 yang berlangsung di The Great Eastern Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.
Dalam pada itu, Puan Sri Normala juga tidak menolak bahawa dia akan kembali aktif selepas ini, namun perancangan yang lebih rapi harus dibuat.
“Bagi saya peluang untuk saya jadi juri dulu. Susah sebenarnya di usia 56 tahun you nak mulakan sesuatu balik.
“Ia amat berat bagi saya untuk menerima dan menyusun atur jadul-jadual saya di mana saya selama ini berulang alik ke Perlis dan Segamat.
“Saya kena susun semula jadual dan tanggung jawab itu amat berat.
“Saya pun dah dapat greenlight daripada suami dan itu yang paling penting,” akhrinya.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Adik Saya Terbakar Dan Melecur Tahap Dua,” – Dugaan Besar Ajak Menjelang MLM Final, Malam Ini

Tidak sampai beberapa jam lagi untuk mengintai peluang sebagai juara dalam Maharaja Lawak Mega 2019, Ajak yang menganggotai kumpulan Rare bersama Pak Ya dan Ropie memilih untuk meninggalkan sesi latihan demi menjaga adiknya yang kini berada di hospital akibat kemalangan.
Memetik laporan Astro Gempak, adik Ajak yang dikenali sebagai Fitri difahamkan mengalami melecur tahap dua dan kini sedang rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
“Buat masa ini apa yang boleh saya kongsi, adik saya terbakar dan melecur tahap dua.
“Saya belum lagi bertanya kepada dia mengapa dan bagaimana kemalangan tersebut boleh berlaku.
“Biar doktor buat rawatan dahulu dalam masa sama mahu adik berehat kerana sudah tentu dia berada dalam keadaan trauma dan masih terkejut,” katanya seperti yang dipetik.
Penyampai radio ini turut mengucapkan penghargaan buat dua teman baiknya atas pengorbanan dan faham akan dugaan yang tertimpa atasnya.
“Besar dugaan saya, Adik saya kemalangan tadi masa kerja. Sy tinggalkan rehearsal untuk final Maharaja. Saya terpaksa uruskan adik saya dan sekarang sy masih ada dekat hospital.
“Saya terpaksa tinggalkan Pak Ya dgn Abg Ropi berdua kat sana. Terima Kasih Pakya dgn Abg Ropi sebab faham saya.Kita cuba buat yg terbaik esok,” jelasnya yang turut berkongsi paparan mesej perbualan bersama Ropie dan Pak Ya.
Rare akan berentap dengan empat lagi kumpulan iaitu Puteh, Zero, Bocey dan Jborn di pentas akhir MLM 2019 malam ini bagi merebut gelaran juara dan wang tunai RM500,000.
Foto : Instagram Ajak Dan Astro Gempak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI