Masih tidak habis dengan isu bercumbu pelakon, Ahya Rosli dengan isterinya juga merupakan usahawan, Shahirah Sanusi yang menjadi bualan ramai baru-baru ini.

Pelakon dan model berkenaan ada memuat naik kenyataan menerusi Instagram berkaitan isu berkenaan.

Anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri itu berkongsi keratan artikel mengenai bercumbu sesama pasangan suami isteri yang sah.

“Bermesraan antara suami dan isteri setelah berkahwin adalah sesuatu yg halal.

“Ia adalah angerah Allah utk hamba-hambaNya yg mempunyai naluri utk memiliki dan dimiliki.

“Justeru, menzahirkan rasa cinta kpd pasangan masing-masing melalui sentuhan dan kata2 adalah perkara biasa,” antara frasa yang dipetik lalu dikongsikan Ahya  sambil disertakan foto bercumbu pasangan ini.

Ads

Menerusi ruangan kapsyen pula, Ahya ada menyatakan setiap adegan dalam ibaratnya ‘dibolehkan’ apabila melakukan aksi sedemikian.

“Kalau berlakon dalam tv boleh cium perempuan yang berlakon jadi isteri tu , tapi kalau cium isteri yang betul tak boleh letak dalam instagram.

“Dia kata islam tak ajar.. pakai otak la nyet sebelum cakap ngan aku,” tulisnya sambil disusuli dengan tanda palang #ciumisteripunnakviral #bagaltakdekerja #netizenjugakbest dan #iloveyounetizen.

Ads

Lalu, netizen lantas memberikan pendapat masing-masing.

Isu Cumbu : “Dia Kata Islam Tak Ajar, Pakai Otak La Nyet Sebelum Cakap Dengan Aku,”- Ahya Rosli Isu Cumbu : “Dia Kata Islam Tak Ajar, Pakai Otak La Nyet Sebelum Cakap Dengan Aku,”- Ahya Rosli Isu Cumbu : “Dia Kata Islam Tak Ajar, Pakai Otak La Nyet Sebelum Cakap Dengan Aku,”- Ahya Rosli Isu Cumbu : “Dia Kata Islam Tak Ajar, Pakai Otak La Nyet Sebelum Cakap Dengan Aku,”- Ahya Rosli Isu Cumbu : “Dia Kata Islam Tak Ajar, Pakai Otak La Nyet Sebelum Cakap Dengan Aku,”- Ahya Rosli Isu Cumbu : “Dia Kata Islam Tak Ajar, Pakai Otak La Nyet Sebelum Cakap Dengan Aku,”- Ahya Rosli Isu Cumbu : “Dia Kata Islam Tak Ajar, Pakai Otak La Nyet Sebelum Cakap Dengan Aku,”- Ahya Rosli Isu Cumbu : “Dia Kata Islam Tak Ajar, Pakai Otak La Nyet Sebelum Cakap Dengan Aku,”- Ahya Rosli

Ads

Terdahulu, Ahya telah berkongsi sekeping foto bercumbu dengan Shahirah.

Bagaimanapun, foto tersebut telah dipadam Ahya beberapa jam kemudian.

Imbas kembali, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada pada 29 Mac lalu di Bukit Kiara Equestrian. 

Foto:Instagram Ahya Rosli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI