Pengasas produk Skin Dessert, Zirra Abdullah mendakwa jualan produk hasilan mereka terjejas dan turun sehingga 60 peratus susulan terkait isu melibatkan foto yang dimuat naik di hadapan pejabat Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) sekaligus menimbulkan kontroversi, baru-baru ini.
Zira telah memuat sekeping foto dia bersama suami, Mohd Aliff Abd Kadir pada 4 Oktober lalu di hadapan pejabat SIRIM dengan kenyataan gambar mengatakan salah satu produknya Skin Desert Repairing Moisturiser sedang dalam proses menjalankan ujian produk.
Bagaimanapun, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosial mereka membalas dengan memaklumkan SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk keluaran mereka.
Selain jualan terjejas, isu itu menurut Zirra turut memberi kesan kepada emosinya.
“Dalam tempoh lebih kurang dua bulan ini, bermula kontroversi hangat diperkatakan sehingga kini, jualan yang selalunya boleh mencecah jutaan ringgit tidak lagi berlaku.
“Selain itu, saya menerima segala kecaman netizen serta mesej ugutan. Paling teruk, ada yang mahu mengancam keselamatan kami,” kata Zirra.
Susulan itu, jenama berkenaan mahu mengemukakan tindakan undang-undang terhadap SIRIM setelah komen berkenaan memberi kesan buruk terhadap bisnes yang dijalankan.
Ads
Menurut peguam mewakili mereka, Nur Nazuha Zohor Ali dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers, kenyataan yang dibuat SIRIM menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang terjadi kepada umum.
“Komen SIRIM itu jelas bertentangan memandangkan pihak kami sudah membuat permohonan pengujian produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.
“Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, ejen serta pengguna terhadap jenama ini.
Ads
“Kenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi jenama ini ada agenda tersembunyi dan ia tidak boleh dipercayai,” jelasnya.
Nazuha menambah, pihaknya masih memberi peluang kepada SIRIM untuk menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan.
Ia berhubung dengan situasi pihak peguam yang mewakili institut itu masih dalam proses menunggu arahan lanjut dan jawapan SIRIM berhubung tuntutan Skin Dessert seperti dimaklumkan menerusi surat bertarikh 14 Disember 2022.
Ads
“Penjelasan semula SIRIM adalah penting memandangkan komen yang dibuat SIRIM di media sosial Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum,” katanya lagi.
Zirra dalam pada itu berkata, isu berkenaan turut memberi kesan terhadap ejen dan stokis.
“Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk memohon maaf kepada semua ejen serta stokis jika isu-isu yang melanda ini memberi impak negatif kepada mereka.
“Sepanjang tempoh isu ini mula tular, kami tidak membuat sebarang kenyataan kerana ingin menyelesaikan secara dalaman terlebih dahulu.
“Pada saya, ejen dan stokis inilah tulang belakang kepada kekuatan Skin Dessert selama ini. Tanpa mereka, belum tentu kami dapat mencapai sasaran jualan yang memberangsangkan dan mampu memberi semula imbuhan kepada mereka,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos, Haryati Hamzah mengakui dia pernah berasa bangga mempamerkan aurat kepada umum suatu ketika dahulu di saat awal pembabitan dalam dunia lakonan.
Cuba menjadi insan yang lebih baik, bintang berusia 41 tahun ini pada masa sama menasihati ramai untuk cuba rebut dan mengejar ganjaran pahala di bulan Ramadan ini.
Perkongsian tersebut dikongsikan Yatt menerusi satu entri di Instagram.
“Ramadhan Day 10. Dulu Aku pernah merasa bangga menayang auratku di khayalak. Kini Aku malu jika walau sehelai rambutku kelihatan.
“Jika kau sedang atau pernah merasakan yang sama, inilah namanya HIDAYAH,” tulisnya.
Dia pada masa menambah bulan kemuliaan ini merupakan detik keinsafan dan baginya, hidayah itu perlu dikejar bukan ditunggu.
“Ramadhan bulan keinsafan. Fokus utk jadi lebih baik, in shaa Allah HIDAYAH akan hadir. HIDAYAH perlu dicari bukan dinanti.
“Taglah sahabat2 yg sdg atau telah berhijrah. Keep supporting them. Besar pahala kebaikannya. In shaa Allah. SALAM 15 Ramadhan,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, Yatt pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Suci Hanania Malaika.
Bagaimanapun, rumah tangga mereka berakhir pada tahun 2015.
Selepas itu, Yatt mendirikan rumah tangga bersama Muhammad Zulfadli dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Kini, Yatt sedang hamil anak kelima yang sudah mencecah usia lebih 6 bulan kehamilan.
Foto: Instagram Yatt Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas lapan tahun, kemunculan selebriti popular, Neelofa Mohd Noor yang kembali ke set program Nona TV3 bersama hos Amyra Rosli mencuri perhatian ramai, pada Ahad.
Melalui perkongsian di Instagram miliknya, Neelofa yang tampil sebagai hos undangan bagi meraikan ulang tahun ke-38 stesen TV3 mendedahkan produksi Nona ibarat ‘keluarga’ yang sentiasa tersemat di hatinya.
Malah menerusi perkongsian lainnya, usahawan berjaya ini tidak menafikan program bual bicara wanita itu banyak memberikan pengalaman terutamanya pada bidang pengacaraan.
Sementara itumenerusi Insta Stories, dua figura jelita itu turut saling memuji.
Menurut Amyra, isteri kepada pendakwah bebas, Haris Ismail itu memiliki keperibadian yang cantik luar dan dalam.
“MasyaAllah. Betul kata orang, Lofa ni pakai apa pun lawa sangat. Thanks Umi @neofa sudi bergandingan dengan Mommy. Such a humble and beautiful person inside out,” tulis Amyra.
Perkongsian tersebut turut menerima reaksi ibu kepada seorang cahaya mata itu.
“Likewise Myra! Awak macam anak patung bernyawa MasyaAllah. Bestkan mengacara 2 orang, sejam lebih dah settle. Hope to see you around sis,” dedikasi Lofa.
Terdahulu, pelbagai perkongsian dikongsikan mereka, termasuk niat Neelofa yang merancang untuk berhijrah ke tanah arab bagi memberi laluan kepada suami ingin menyambung pelajaran di sana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah saling rapat sejak lebih dua dekad lalu, aktres Fasha Sandha akui teruja apabila berkesempatan untuk menghadiri majlis berkahwinan sahabatnya yang juga bintang Seberang, Luna Maya du Ubud, Bali, Indonesia.