Selebriti dan usahwan, Noor Neelofa berpendapat isu mengenai pengambilan epidural dan ubat tahan sakit terhadap ibu yang melahirkan zuriat tidak perlu diperdebatkan.

Menurut Neelofa, pada zaman serba moden ini, dunia sudah bergerak ke arah yang lebih maju dan terhasillah pelbagai teknologi khusus bagi memudahkan urusan manusia termasuklah dalam prosedur kelahiran.

Isu Epidural & Ubat Tahan Sakit Ibu Bersalin, Neelofa Mohon Jangan Buat Topik Lukakan Hati Orang Lain – “Saya Pun Ambil…”

“Dunia ketika ini sudah maju dalam pelbagai aspek. Sosial media juga boleh menjadi medium pendedahan kepada kita semua untuk belajar tentang keibubapaan dan ilmu kesihatan.

“Termasuklah tentang pengorbanan seorang ibu ketika melahirkan cahaya mata. Zaman dahulu, mungkin sesetengah orang agak skeptikal tentang ilmu sebegini kerana kurang pendedahan secara keseluruhan.

“Kini, ramai yang sudah mula berkongsi dan orang kita semakin faham dengan lebih mendalam tentang epidural, ubat tahan sakit, bersalin normal atau pembedahan dan banyak lagi,” katanya kepada MH.

Ads

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui di pada majlis pelancaran produk terbaharu Daia yang di IOI City Mall, Putrajaya pada Khamis.

Pilihan Masing-Masing

Pada masa sama, isteri kepada pendakwah bebas PU Riz juga akui dia juga ada mengambil pilihan sama sewaktu melahirkan anak-anaknya.

Isu Epidural & Ubat Tahan Sakit Ibu Bersalin, Neelofa Mohon Jangan Buat Topik Lukakan Hati Orang Lain – “Saya Pun Ambil…”

Ads

“Jadi, salah untuk kita katakan bahawa semua orang perlu melalui proses yang sama. Lagipun, situasi dan keadaan tubuh manusia itu berbeza. Saya sendiri ambil epidural dan ubat tahan sakit.

“Itu adalah pilihan saya sendiri. Pada masa sama, saya juga tak boleh nak berkongsi secara terperinci mengenai proses kelahiran saya dari awal hingga akhir.

“Ada beberapa perkara yang tidak perlu kita kongsikan. Seeloknya, kita buat keputusan yang terbaik untuk diri kita sendiri.

Ads

“Pada saya, janganlah kita jadikan hal ini sebagai satu isu yang boleh melukakan hati orang lain,” ujarnya lagi.

Isu Epidural & Ubat Tahan Sakit Ibu Bersalin, Neelofa Mohon Jangan Buat Topik Lukakan Hati Orang Lain – “Saya Pun Ambil…”

Baru-baru ini, timbul perdebatan di media sosial bila ada pihak yang melabelkan segelintir ibu sebagai lemah dan mengada-ngada hanya kerana mereka mengambil epidural dan ubat tahan sakit sewaktu melahirkan cahaya mata.

Bagaimanapun, pendapat tersebut disangkal oleh beberapa pihak lain yang memaklumkan pengambilan epidural dan ubat tahan sakit ini sebenarnya boleh membantu melancarkan proses bersalin.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI