Pelawak, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan atau Ali Puteh menzahirkan rasa syukur susulan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, berkenaan faraid yang difailkan balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Ali pada 15 Julai lalu, hari ini.
Ali menerusi laporan Harian Metro, perkara itu perlu dibuat mengikut hukum syarak sama seperti yang pernah dinyatakan dalam dua siri video yang dimuat naik sebelum ini.
Malah, pihaknya tidak pernah cuba menyekat harta peninggalan Allahyarham seperti didakwa segelintir pihak.
“Orang cakap saya nak halang harta arwah. Ya Allah Ya Tuhanku, kalau tengok sidang media saya yang awal dulu dan video terbaru, saya cakap sama saja.
“Kalau ikut hukum Islam memang itulah sebaiknya dan lebih bagus. Benda itu memang perlu difaraidkan kalau ikut hukum Islam. Syukur perkara ini sudah selesai.
“Memang itu yang terbaik. Apabila jadi begini orang anggap saya yang salah,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Ditanya mengenai status rumah peninggalan Allahyarham, Ali tegas menyatakan ia turut termasuk dalam faraid.
Terdahulu, balu arwah Abam, Hidayah berpuas hati dengan dengan keputusan Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam mengenai tuntutan faraid yang difailkan pada prosiding yang berlangsung, pada Khamis.
Mahkamah turut menetapkan pembahagian berdasarkan hukum syarak membabitkan rumah, kereta, wang ringgit, barang peribadi seperti jam tangan, kasut, telefon bimbit, kamera dan barangan lain peninggalan Allahyarham.
Ads
Sementara itu, peguam mewakili Ali, Noorazmir Zakaria dari Tetuan Akram Hizri Azad & Azmir berkata, anak guam dan keluarganya tidak pernah rebutkan harta Allahyarham.
“Keputusan mahkamah tadi adalah pengisytiharan faraid siapa yang berhak. Jadi, dalam kes ini yang terbabit adalah balu, anak dan ibu bapa arwah.
“Dari awal lagi, permohonan yang difailkan balu tidak ada masalah dan tak perlu dipertikaikan. Malah, apabila saya terangkan kepada keluarga Ali, mereka tak pertikaikan. Ibu bapa arwah faham bahagian mereka.
Ads
“Cuma, selepas ini kami akan membuat permohonan surat kuasa tadbir untuk membahagikan harta peninggalan arwah dan dibahagikan menurut hukum faraid.
“Kita juga dalam proses untuk selesaikan pembahagian harta secara baik. Balu arwah akan dimasukkan kerana dia berhak selaku penjaga sah anak yang masih bawah umur,” katanya.
Ditanya mengenai status kereta jenis Toyota Vellfire milik Allahyarham, Noorazmir mengesahkan kereta itu sudah dilelong bank pada 19 Ogos lalu.
“Apa yang saya maklum, kereta itu sudah dijual dan dilelong. Kereta itu atas nama Allahyarham,” katanya lagi.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebak apabila membaca perkongsian penyanyi dan bekas perserta Gegar Vaganza ke-5 (GV5) Linda Rafar apabila memaklumkan, tangan ibunya Rasimah Abdul Rahman terpaksa dipotong sampai bawah siku akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah.
Linda memaklumkan berita tersebut menerusi Instagram, pada Rabu. Kongsinya, dia rasa sebak kerana tangan ibunya yang terkena gigitan serangga tiga bulan lalu terpaksa dipotong.
“Wanna share with all my followers.. linda memang tak ramai kawan drp kecik berkepit 24jam dgn mak sana sini.. masa zaman elite baru jumpa kawan @azzaelite @sashasaidin @tie_sadaliofficial @abby_abadi112 tp mak tetap pantau n marah if linda balik show or training lambat.
“Kawan2 elite faham sgt2 linda drp dulu akan balik awal pasal takut Mak marah..until skrg dah anak 5 pon bila kuar pergi gv rebut2 nak balik rasa mcm mak tunggu je kat umah..ya allah banyak kenangan dgn mak yg x tak dpt linda gambarkan.. mak terlalu sygkan linda.
“Cuma hari ini..hari yg linda rasa sebak sgt2 pasal tangan mak yg kena gigitan serangga 3bulan lepas di potong sampai bawah siku. Mak blum tau yg tangan dia dah xde ..x sampai hati nk bg tau dia,” tulisnya.
Pada masa sama, anggota kumpulan Elite itu turut meminta jasa baik ramai supaya terus mendoakan kesihatan ibunya yang berusia 73 tahun itu.
“Cuma apa yg linda nk mintak jasa baik semua tolong doakan mak linda trus kuat dan Sihat kembali mcm selalu.. linda x kuat nak harungi semua dugaan ini tp linda percaya setiap dugaan yg allah beri pasti ada ganjarannyaa. Linda syg mak linda sgt2. Love u mak,” kongsi Linda.
Penyanyi, Diddy Hirdy mengutuk sekeras-kerasnya budaya menggunakan kata-kata berunsur penghinaan di dalam komunikasi seharian tidak kira sama ada ketika bekerja mahupun menuntut ilmu.
Menurut Diddy, kata-kata yang keluar daripada mulut seorang penghina ini disifatkan seperti tidak menghormati maruah orang lain.
“Jangan normalisasikan penghinaan dalam budaya komunikasi kita! Tak kira la berkomunikasi dalam environment bekerja, menuntut ilmu.
“Di alam pekerjaan, jika pernah dihina, bermakna kita ni level-level hamba di mata penghina dan mudahnya maruah kita diperkotakkatikkan. Ada sisi #modernslavery disitu,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Diddy yang juga merupakan salah seorang pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Universiti Utara Malaysia turut menyeru kepada semua pihak untuk menjadikan kata-kata hinaan itu sebagai pembakar semangat untuk terus berjaya.
“Ketika menuntut ilmu pula, kalau pernah dihina, tolong jangan terima atau membenarkan penghinaan tersebut mematikan semangat untuk terus berjaya.
“Jadikan ia satu semangat untuk menjadi manusia yang luar biasa, dan berjanji takkan menjadi penghina ‘baru’ yang terus menormalisasikan budaya menghina ini dalam segala aspek kehidupan kita,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-4 ini turut merasakan tidak salah bagai seseorang itu untuk memberi teguran tetapi haruslah berpada-pada dan meggunakan cara yang betul
“Mengkritik dengan berasas perkara biasa. Menghina ni macam personal attack pula dan mencerminkan hati penghina. Bukan masalah cepat koyak atau terlalu sensitive.
“Semua orang (for sure!) ada perkara yang tak suka untuk disentuh dan ada tahap sensitiviti masing-masing. Bukankah menjaga keharmonian sesama manusia itu mulia? Solusinya disini, jom kita usaha menjadi manusia yang beradab dan menjauhi sikap biadap,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar budaya menghina orang lain dapat dihentikan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Diddy Hirdy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!