Categories: Uncategorized

Isu Farid Kamil, Seniman Tidak Mahu Terburu-Buru

Share

Kalau ada isu mengenai artis ni mestilah pihak Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dicari orang ramai terutamanya yang menyandang jawatan Presiden iaitu Zed Zaidi.

Lagipun, memang pihak Seniman yang bertanggunjawab menjaga kebajikan para artis di Malaysia ini.

Berikutan itu, Zed Zaidi yang di temuramah oleh pihak Harian Metro menjelaskan bawaha pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai perkara ini.

“Beri kami (Seniman) masa untuk membuat siasatan mengenai apa yang berlaku. Kami tidak boleh terburu-buru untuk ambil sebarang tindakan.

“Dalam perkara ini, kami perlu mendapatkan maklumat daripada semua sudut kerana ia membabitkan pihak polis,” katanya.

Tambahnya lagi, Seniman akan memaklumkan sebarang maklumat terkini secepat mungkin.

“Seniman akan cuba membantu apa yang perlu untuk Farid sebaik saja selepas kami mendapat hasil laporan siasatan dilakukan.

“Apapun, Seniman tetap prihatin dalam apa jua masalah membabitkan artis tempatan meskipun hal yang kecil,” katanya.

Terbaru, Farid terima perintah tahanan reman selama 4hari yang dikeluarkan oleh Majistret Petaling Jaya, Zaki Asyraf Zubir bermula hari ini.

SUMBER : Harian Metro

Published by
Khaleeda Rashikin