Mendapat perhatian ramai disebabkan tubuh badan sasanya, anggota kumpulan K-Clique, Noki mengakui sering menerima kiriman mesej serta gambar-gambar tidak senonoh menerusi laman sosial miliknya.
Noki atau nama sebenar, Ahmad Ikhwan Aji, 28, berkata hal itu sudah menjadi perkara biasa buat dirinya malah turut mendedahkan kaum lelaki lebih banyak menghantar komen-komen serta gambar ‘nakal’ berbanding kaum wanita.
“Memang saya dapat banyak komen-komen sebegitu tapi saya baca sahajalah, macam-macam mereka hantar, ada gambar (tidak senonoh).
“Jujur cakap kebanyakannya adalah daripada lelaki, perempuan pun ada tapi lebih kepada lelaki,” katanya kepada MH.
Noki ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu penyanyi Bil Musa feat Noki berjudul Pantang di pejabat Warner Music Malaysia, Petaling Jaya pada Rabu.
Ads
Walaupun berhadapan dengan situasi kurang menyenangkan sebegitu, namun Noki berkata dia tidak menyalahkan sesiapa sebaliknya menyifatkan apa yang berlaku itu adalah disebabkan oleh tindakannya sendiri.
“Saya tahu saya tak boleh salahkan mereka kerana mereka start berani disebabkan tindakan saya sendiri juga.
“Saya sendiri yang post gambar saya belanja badan, jadi saya nak expect orang tak bercakap pasal tu, mana boleh.
Ads
“Tapi saya tak sekat mereka, sebaliknya hanya delete sahaja semua komen-komen tersebut,” katanya lagi.
Sementara itu, bercakap mengenai single Pantang, Noki berkata dia terbuka bekerjasama untuk projek ini kerana lagu tersebut mempunyai kelainan tersendiri berbanding naskhah lagu lain yang pernah dibawakannya sebelum ini.
“Lagu Pantang ini sangat berlainan dengan lagu-lagu yang pernah saya bawakan sebelum ini, kira genre dia lain sedikit.
Ads
“Saya nak cabar diri, bawa new track, tengok dia jadi macam mana,” katanya.
Pantang merupakan hasil ciptaan komposer Hanis Rafi, Firdaus Rahmat dan John Jeeves.
Lagu Pantang sudah boleh didapati di semua platform penstriman muzik sejak 21 Oktober lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Ummi Nazeera ada memuat satu rakaman video di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video tersebut, bintng ini dilihat sedang menjalani ujian COVID-19 secara ‘Drive Thru’.
Lalu, Ummi, 29, meluahkan rasa syukur dan memaklumkan keputusan ujian tersebut menunjukkan negatif.
Di samping itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menyarankan netizen untuk menjalani ujian tersebut sekiranya pernah ke luar negara baru-baru ini bagi menjaga keselamatan orang lain.
“Syukur Alhamdulillah … The result is NEGATIVE… Kepada yang pernah ke luar negara baru baru ni .. Saya sarankan untuk buat Covid19 test ni.
“Walaupun KKM suruh quarantine sahaja. Kalau ada duit nak travel, apa salahnya keluar sikit duit lagi utk buat confirmation test ni.
“Tak susah pun.. Ummi pergi yang Drive Thru punya . Memang pedih sikit.. Tapi berbaloi.. Jangan takut. Kejap je buat! Tak sampai 10 minit siap,” katanya.
Selain itu, Ummi turut meminta kepada mereka yang pernah ke luar negara baru-baru ini agar melakukan sesi kuarantin diri.
“Pada masa yg sama tolong KKM juga .. Sebab result test ni akan di update ke KKM.
“Kepada travellers yg tak nak buat. Saya mohon sangat sangat untuk Quarantine 14 Hari di rumah … dan JUJUR bila berjumpa staff kesihatan.
“Stay safe everyone !! #StayAtHome #HelpThemToHelpUs PS: Ummi buat di MSU… Kos RM550 . Pencerahan buat yg bertanya .,” tulisnya lagi.
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arsyad mengakui dirinya sedih kerana terpaksa membatalkan beberapa projek di Indonesia gara-gara penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini.
Menurut Uyaina, dia amat rindu dengan suasana kerja di sana terutamanya bila dapat bersama rakan-rakan artis dan para penonton.
“Sedih sebab sangat rindu terutama rakan-rakan hos, suasana para penonton dan program-program di sana.
“Tapi nak buat macam mana saya terpaksa rela dengan situasi ini. Kalau ikutkan, saya memang gemar juga berkerja di sana,” kongsinya.
Pada masa sama, Uyaina mengakui dirinya berasa amat bersyukur kerana diberi kepercayaan dan peluang untuk duduk sebaris dengan nama-nama besar di Indonesia.
“Saya tahu peluang seperti ini tak ramai yang yang dapat. Sebagai seorang hos yang mereka telah jemput selama beberapa bertahun kebelakangan ini, saya sangat bersyukur.
“Allhamdulillah ini bermakna hubungan saya dengan pihak di sana amat baik. Rasa terharu bila diberi kepercayaan seperti itu.
“Saya dipentaskan bersama orang-orang besar. Di dalam dunia mereka, they are the top of the list.
“Bila kita sebagai orang luar dan diterima baik oleh rakan artis dan para penonton, itu yang membuatkan saya rasa bersyukur,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, pengacara program pencarian Ratu Hijabista 2020 itu mendedahkan, dia mungkin tidak akan ke Indonesia buat sementara waktu kerana khuatir dengan jumlah kes COVID-19 yang dicatatkan di negara seberang itu.
“Sepatutnya sebelum dan semasa ramadan saya perlu ada di sana. Puteri Muslimah Asia musim ke-2 pun sepatutnya berlangsung April, tapi sebab PKP ia terpaksa ditangguhkan.
“Mengikut keadaan, saya mungkin tidak akan ke Indonesia setahun dua ini sehingga vaksin ditemui,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Uyaina kini bergandingan dengan seorang lagi rakan artis iaitu Fikry Ibrahim bagi mengacarakan program pencarian Ratu Hijabista 2020.
Ratu Hijabista mulai bersiaran bermula pada hari ini pada jam 9.00 malam eksklusif di Astro Prima (124) dan Prima HD (105).
Pasangan pengantin baru, Nabil Mahir dan Ayda Jebat yang sebelum ini meraikan bulan madu di Langkawi, ada memuat naik sepotong video yang merakamkan gelagat dua anak buah mereka, Rayyan dan Maya.
Ayda menerusi Instagram berkongsi video kaletah kanak-kanak berkenaan yang dia dan suami pulang ke rumah meski baru sahaja berjauhan.
“Nabil : Macam mana nak buat 13, baru honeymoon sekejap Rayyan Maya dah suruh balik.
“Ayda : Nasib baik. Selamat. Fuh!
“Korang ada tak anak buah clingy and cute macam ni?,” tulis Ayda pada ruangan kapsyen yang turut disusuli dengan pelbagai komen daripada peminatnya.
Malah, kebanyakannya terhibur melihat telatah kedua-dua si cilik tersebut yang sangat comel.
Kenyataan Nabil sebelum ini yang berhasrat untuk memiliki 13 orang cahaya mata mendapat reaksi pelbagai netizen, meski ia hanyalah disampaikan secara seloroh sahaja.
Jelas Nabil, angkat tersebut sebenarnya merupakan angka kegemarannya sejak dulu.
Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur pada 1 Januari lalu.
Majlis pernikahan yang berlangsung secara sederhana itu mengikut rutin normal baharu dan hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat.
Terdahulu, Nabil melamar Ayda selepas menjalin hubungan cinta selama beberapa bulan.
Mereka turut mencuri tumpuan ramai apabila melangsungkan majlis pertunangan dalam talian pada 28 April lalu berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan sebelum ini.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...