Bintang meningkat naik, Nadhir Nasar mendedahkan dirinya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya para Instafamous atau personaliti media sosial ingin menceburkan diri di dalam bidang lakonan.
Menurut Nadhir yang juga merupakan Juara Hero Remaja 2020, jumlah pengikut yang ramai di platform media sosial bukanlah sesuatu yang mudah untuk didapatkan kerana ia terhasil daripada usaha dan penat lelah seseorang.
“Sejujurnya saya tiada masalah sekiranya instafamous mahu menjadi pelakon. Pucuk pangkalnya, fokus stesen tv adalah bisnes dan untuk buat duit.
“Anda kena faham, bila bercerita mengenai jumlah pengikut di media sosial, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk didapatkan. Itu adalah rezeki dan kerja keras seseorang.
“Macam mana seseorang itu tidak pandai berlakon tetapi dia ada jumlah pengikut sampai berjuta? Sebab mereka buat konten dan pelbagai cara untuk mendapatkan jumlah pengikut tersebut.
Ads
“Ia bukan mudah sebenarnya bagi seseorang itu mencapai ke tahap sedemikian,” katanya kepada MH.
Pelakon drama I-Tanggang itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis makan malam bersama barisan peserta Hero Remaja 2021 yang berlangsung di The Chow Kit Ormond Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ads
Dalam pada itu, Nadhir turut berpandangan, daripada kita menghabiskan masa bergaduh sesama sendiri, adalah lebih elok sekiranya para pemain industri berbincang dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
“Masing-masing ada pandangan mereka sendiri. Daripada kita berdebat dan bertengkar sesama kita, kenapa tidak kita membantu menaikkan sesama sendiri.
“Isu ini dah berlarutan agak lama tetapi tiada tindakan dan kata sepakat yang dicapai. Kita tidak mula cari titik penyelesaian dan persamaan itu.
Ads
“Sebagai contoh, para Instafamous itu boleh pergi ke kelas dan belajar bersama mereka yang pandai berlakon tetapi kurang followers.
“Pada masa sama Instafamous itu juga boleh mempromosikan pelakon tersebut,” kongsinya lagi.
Dalam kembangan lain, Nadhir kini sedang memberikan sepenuh tumpuannya selaku pengacara bagi program Hero Remaja 2020 bersama gandingannya Syaza Bae.
Saksikan episod Final Hero Remaja 2021 yang dijadualkan bakal berlangsung pada 6 November ini secara langsung di saluran Astro Ria (104) bermula jam 9 malam.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sebelum ini, penyampai radio, Dj Lin ada memaklumkan dirinya telah diserang alahan sejak beberapa hari lalu.
Alahan tersebut telah menyebabkan kegatalan dan seluruh anggota badannya juga turut telah dinaiki bintik-bintik merah.
Terbaru, Dj Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital gara-gara keadaan alahan yang semakin teruk.
Menurut penyampai radio Suria FM itu lagi, dia kini terpaksa menggunakan alat bantuan oksigen kerana rongga pernafasannya dilaporkan menjadi sempit akibat alahan tersebut.
“Keadaan terkini #djlin dek penangan masalah #allergy . Pagi ni teruk sebab makin banyak #allergik yang keluar satu badan hingga saliran pernafasan da mula sempit dan sukar bernafas.
“Doktor terpaksa guna #oxygen. Doakan #djlin ya #djlinkenaallergik #rashes @kpjdamansara_official,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh Dj Lin menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Dj Lin turut berharap agar orang ramai dapat mendoakan dirinya agar segera sembuh.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa risau selain turut berharap agar Dj Lin terus kuat untuk melawan penyakit tersebut.
Sumber: Instagram Dj Lin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Bella Astillah ada memuat naik video terbaru di laman Instagram miliknya.
Video tersebut memaparkan Bella menyanyikan semula lagu yang pernah dinyanyikan kembali Datuk Seri Siti Nurhaliza bertajuk ‘Wanita’ dalam versi akustik. Lagu tersebut asalnya dari Indonesia.
Lalu, video tersebut kemudiannya menjadi tular apabila menerima hampir 900,000 tontonan setakat ini.
“Nahh ramai betul mau full video untuk ni lagu kan. Bella sudah upload di IGTV.
“P/s: sorry lah suara2 beteriak tu si Ayden sama Aidil Dan bibir saya tu bukan kena inject tapi kena ugam bha (ulcer),” tulisnya.
Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata netizen memuji nyanyian Bella yang dikatakan sangat baik dan merdu itu.
Sementara itu, terdapat juga segelintir netizen yang berpendapat lagu tersebut ingin ditujukan kepada suaminya, Aliff Aziz.
“Kau tak sedih ke tengok ni @aliffaziz91,” tulis individu tersebut.
Terdahulu, Bella baru sahaja merakamkan video cover lagu ‘Semakin’ nyanyian asal penyanyi Siti Sarah yang dinyanyikan secara duet bersama pelakon, Aprena Manrose.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas 7 minggu bersiaran, program hiburan The Masked Singer Malaysia telah pun melabuhkan tirai dan seramai lima peserta yang berjaya mara ke pentas akhir akhirnya terjawab siapakah identiti yang dirahsiakan di sebalik topeng.
Seperti yang dinanti-nantikan, inilah dia keputusan penuh barisan peserta di sebalik topeng yang sudah didedahkan.
Bunga Raya (Aina Abdul)
Rajah Brooke (Vanessa Ceria Pop Star)
Orang Utan (Tuju K-Clique)
Wau (Datin Alyah)
Enggang (Vince)
Tempat pertama telah dimenangi oleh Aina Abdul dan membawa pulang hadiah sebuah trofi.
Manakala tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh penyanyi Vanessa Ceria Pop Star dan Tuju K-Clique.
Seterusnya, penyanyi Datin Alyah menduduki tempat keempat dan Vince pula menduduki di tempat kelima.
Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal ini turut menampilkan barisan juri tetap iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Nabila Huda, Ella, Remy Ishak, Michael Ang, Zizan Razak, Ramona Zam Zam, Raja Azura dan Angah Raja Lawak.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!