Berita

Isu Khidmat Tyzo Xander Berakhir, DJ Lin – “Kami Akan Jelaskan Semuanya Dalam Sidang Media Jumaat Ini.”

Share

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd. Majid atau lebih DJ Lin tidak dapat memberikan sebarang kenyataan atau komen berhubung isu penamatan kontrak bekas penyampainya, Tyzo berkuat kuasa sejak semalam.

Memohon maaf atas perkara itu, DJ Lin terpaksa ‘mengunci mulut’ buat masa sekarang selepas menerima arahan daripada pihak pengurusan tertinggi untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berhubung isu berkenaan.

“Minta maaf. Saya tidak dibenarkan untuk beri apa-apa kenyataan berhubung isu ini. Saya dapat arahan daripada pihak pengurusan tertinggi. Tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkan,” katanya, petik Kosmo!

Bagaimanapun, satu sidang media khas akan diadakan oleh pihak Suria FM pada 19 Januari minggu depan untuk menjelaskan isu yang sedang hangat diperkatakan itu, menurut DJ Lin.

“Insya-Allah, Jumaat depan (19 Januari 2024) kami akan jelaskan semuanya dalam satu sidang media.

“Saya tidak pernah menghampakan wartawan sebelum ini setiap kali mahu mendapatkan komen atau apa sahaja kenyataan.

“Tapi untuk kali ini, saya minta maaf, tiada sebarang kenyataan boleh dikeluarkansehingga Jumaat nanti,” katanya.

Terdahulu, Suria FM dapam satu kenyataan mengumumkan khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang, berakhir atas alasan sebagai strategi untuk tahun 2024.

Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zolqarnain menerusi hantarannya dalam Facebook meluahkan rasa apabila mendedahkan dirinya tidak rela disingkirkan daripada stesen radio berkenaan.

Susulan itu, ramai pendengar setia menzahirkan reaksi pelbagai susulan pengumuman tersebut sehingga ada yang mahu memboikot stesen radio tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Sumber: Kosmo!

Published by
MH