Baru-baru ini, penyanyi Nourul Depp ada menyuarakan pendapat berhubung isu pertelingkahan yang sering berlaku dalam industri hiburan membabitkan sesama selebriti tanah air.
Sebagai penyanyi yang sudah menceburi dunia hiburan lebih 20 tahun, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abd Wahab berpendapat situasi ini berlaku susulan situasi pandemik Covid-19 negara.
Selain itu, penyanyi berusia 44 tahun ini mengatakan setiap individu itu berhak untuk tersinggung sekiranya kata-kata yang dilontarkan itu boleh mencemarkan imej dan maruah.
“Sebenarnya situasi ini berlaku disebabkan situasi yang banyak huru-hara dengan keadaan pandemik, politik dan macam-macam. Saya nak pesan kita bukan lagi kanak-kanak, memang kita ada hak untuk bersuara.
“Saya tahu mengenai perkara ini tapi dari segi perincian memang saya tidak ambil tahu, lebih-lebih sebab saya pun sibuk dengan hal saya.
“Sebolehnya, tak mahu bebankan saya punya fikiran dengan perkara yang menyempitkan untuk kita tengok dan perbetulkan diri kita,” katanya.
Dia pada masa sama menjelaskan, adalah sangat penting untuk berfikir secara waras dan rasional sebelum melontarkan kata-kata kepada orang lain agar situasi seperti ini dapat dielakkan.
“Dalam situasi sekarang yang huru-hara dengan macam-macam membuatkan kita mungkin tidak berfikir dan bercakap secara betul.
“Jadi berfikir sebelum kita bercakap, ada pihak yang berhak untuk terasa hati sebab kita semua manusia.
“Bila dah bawa perkara ini sampai ke mahkamah dan sebagainya, individua atau artis itu dia ada hak kalau dia rasa benda itu boleh merosakkan nama baik dia.
“Jadi sebelum berlaku lagi perkara seperti itu, saya mahu pesan tak kisah pada sesiapa pun untuk kita berfikir dahulu sebelum berkata apa-apa,” katanya lagi.
Penyanyi yang sinonim dengan lagu Kerana Terluka ini berkongsi hal tersebut serta pelbagai kisah lain melibatkan dirinya menerusi program YouTube #MHLIFESTYLE Media Hiburan, baru-baru ini.
Foto: Instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI