Isu Rumah Tangga Siti Saleha : “No Comment. Saya Minta Semua Respek ‘Space’ Saya.”

Share

Pelakon Siti Saleha, 31, menganggap isu rumah tangga yang menimpa dirinya sebagai satu ujian.

Memfailkan perceraian terhadap suami, Ahmad Lutfi Azhar, 35, pada 13 Oktober lalu, Saleha meminta agar semua pihak menghormati ruang peribadinya.

Dalam pada itu, Saleha berjaya memenangi trofi Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34) pada Sabtu.

Ketika ditanya mengenai sama ada dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suami atau adakah orang ketiga menjadi punca masalah rumah tangga, Saleha enggan memberikan komen.

“No comment. Saya minta semua respek ‘space’ saya. Saya enggan komen apa-apa berkenaan hal peribadi saya, saya minta maaf.

“Apa-apapun, saya nak semua orang tahu yang saya okay sahaja. Ya, perkara ini adalah satu ujian untuk saya tetapi trofi ini menjadi hadiah istimewa tahun ini,” katanya.

Berkongsi mengenai kemenangan yang diraihnya, Saleha bersyukur selain turut berterima kasih kepada kelab peminatnya.

“Sejujurnya, sukar untuk saya kekalkan trofi ini tetapi rezeki berpihak kepada saya. Alhamdulillah. Ini semua hasil kerja keras peminat dan saya sangat menghargai mereka.

“Semenjak awal penglibatan, peminat tak henti menyokong dan itu merupakan tunjang utama kerjaya saya dalam bidang lakonan. Saya sangat bersyukur,” katanya lagi.

Sekadar info, Saleha dan Ahmad Lutfi melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber; Xtra

Published by
MH