Rentetan cerita dan penerangan Fathia Latiff mengenai solat di dalam kereta yang hangat diperkatakan sejak semalam, akhirnya, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad bersuara dan berkongsi pandangannya.
Melalui portal mStar Online, mufti ini menjelaskan sebenarnya sebelum menghukum tindakannya kita perlu tahu terlebih dahulu apakah cerita sebenar mengapa dia melakukan perkara seperti itu…
Namun jika benar-benar Fathia hanya solat di dalam kereta kerana mengejar masa, tindakan fathia itu tidak tepat.
Malah, tambahnya, menunaikan solat perlu cukup rukun dari segi perbuatan dan salah satunya adalah rukuk dan sujud. Jika di dalam kenderaan bagaimana Fathia ingin memenuhi rukun sujud.
“Itu patutnya kita kena tahu apa dia punya cerita yang menyebabkan kenapa dia bersembahayang di dalam kereta itu.
“Tetapi kalau keuzuran (sakit) seperti kena gaut sehingga tidak boleh ke masjid, jadi kita sembahyang di dalam kereta dan menghadap ke kiblat okay, tetapi jika kita tidak keuzuran (sakit) jadi tidak boleh.
“Sebab sembahyang ini kena ada hukum perbuatan mesti kena ada rukuk, sujud tetapi di dalam kereta boleh sujud ke?
“Nak mengejar waktu itu bukanlah alasan ada tempat dan masa untuk kita sembahyang seperti biasa tiba-tiba pilih untuk solat dalam kereta itu memang tidak tepat lah,” jelasnya apabila ditemu ramah oleh wartawan mStar
SUMBER: mStar Online