Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac menyatakan Finas sehabis baik cuba menyelesaikan segala isu berkaitan industri hiburan tanah air.

Bagaimanapun, dirinya pada masa sama turut mengharapkan agar semua memberi kerjasama sebaiknya agar setiap permasalahan dapat diselesaikan.

Jelasnya, isu solekan misalnya mungkin isu kecil kepada segelintir pihak, namun ia isu besar bagi bintang veteran kerana melibatkan punca pendapatan mereka.

“Beri peluang kepada untuk kami (FINAS) lakukan sesuatu yang lain daripada sebelum ini. Mungkin kita boleh tukar industri. Jika orang industri sering bergaduh, macam mana orang nak melihat perubahan?

“Ada yang kata masalah solekan adalah isu kecil, namun bagi veteran itu merupakan masalah yang besar. Dan kami ambil pendekatan ‘quick win’.

“Setiap hari kami mengambil langkah untuk membantu industri dan tidak perlu dihebahkan kepada umum,” jelasnya lagi.

IKLAN

Hanns ditemui media pada majlis pelancaran program Stand Up Comedy Otai yang berlangsung di The Love, Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Pada masa sama, Hanns meluahkan kekesalan apabila setiap isu yang cuba dibangkitkan bagai tidak dihargai sesetengah pihak.

Malah sehingga kini, tiada sebarang bentuk ucapan terima kasih diterima daripada pihak terlibat.

IKLAN

“Setiap kali sesuatu isu industri dapat diselesaikan pula, ada sesiapa yang mengambil inisiatif untuk berterima kasih?

“Namun apabila sekali berbuat salah, kami diserang kiri kanan. Setiap perkara mestilah ada ‘try and error’.

“Sepanjang tujuh bulan menjadi pengerusi FINAS, tidak pernah seorang pun yang datang kepada saya mengucapkan terima kasih. Tapi apabila salah, bagaimana pula?

IKLAN

“Adakah orang hanya mahu melihat saya jatuh?” tanya Hanns lagi.

Dalam perkembangan lain, Astro bakal menampilkan program ‘Stand Up Comedy Otai’ – sebuah program yang mengangkat semula kegemilangan artis veteran tanah air.

Antara pelakon  dan pelawak yang bakal menjayakan program tersebut seperti AR Badul, Salih Yaacob, Fauziah Nawi, Imuda, Ebby Yus dan ramai lagi.

Program itu dihoskan penyanyi, pelakon, dan pelawak terkenal tanah air, Joey Daud dan bakal menemui penonton mulai 5 Disember ini, pada pukul 9.30 malam.

Ia boleh ditonton di saluran 131 (Astro Warna); saluran 124 (Warna HD); dan menerusi platform Astro Go dan On Demand.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI