
Pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad telah ‘membuka mulut’ isu berhubung hutang tertunggak dengan usahawan kosmetik terkenal.
Menurut sumber dari BH Online, Nabil berusaha untuk meminta usahawan itu membayar hutangnya bernilai ribuan ringgit, namun tidak diendahkannya.
“Sudah dua tahun sebenarnya saya berusaha meminta dia membayar hutang berjumlah RM30,000, namun tidak diendahkan olehnya,” katanya.
Bagaimanapun, Nabil enggan memanjangkan isu tersebut.
“Saya enggan lagi memanjangkan perkara ini kerana bagi saya, urusan kami sudah selesai. Selebihnya adalah (urusan) antara dirinya dengan Tuhan,” katanya kepada BH Online.
Terdahulu, isu hutang berkenaan dibangkitkan Nabil selepas usahawan itu mendakwa Nabil dan Jihan, selaku pengacara program realiti tidak menegurnya ketika dia menghadiri konsert tersebut pada Ahad lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Kurang 3 Jam, Harimau Malaya Mulakan Misi Julang Piala AFF Suzuki, Selebriti Titip Doa Semangat Demi Malaysia!

Beberapa jam dari sekarang, skuad Harimau Malaya bakal beraksi perlawanan akhir kedua Piala AFF Suzuki 2018 menentang Vietnam di Stadium MyDinh, Hanoi.
Lalu, semangat dan doa telah pun dititipkan rakyat Malaysia, agar pasukan negara mampu mengharumkan nama, sekaligus menjulang piala rebutan.
Malah, para selebriti, bintang sukan serta lainnya turut tidak ketinggalan memberikan seruan semangat sebagai pendorong misi merangkul kejuaaran.
View this post on InstagramA post shared by Haniff Hamzah (@haniff_hamzah) on
View this post on InstagramA post shared by Harith Iskander™️ (@harithiskander) on
Terdahulu pada perlawanan final yang pertama di Axita Arena, Stadium Bukit Jalil, Malaysia dan Vietnam berkesudahan seri 2 sama.
Foto: Instagram selebriti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupa-Rupanya 6 Selebriti Ini Sebaya 30 Tahun, Tapi Siapa Masih ‘Maintain’ Muda Jer?

Tidak dinafikan memang agak sukar untuk kita meneka berapa umur seseorang. Lebih-lebih lagi kalau mereka dilihat seakan lebih matang atau tampak muda berbading usia sebenar.
Apa pun, kami bariskan 10 selebriti tempatan yang dilahirkan pada tahun 1991, jadi kini usia mereka sudah pun mencecah 30 tahun.
Sepanjang tempoh bergelar anak seni, pelbagai pencapaian yang sudah dilakar mereka. Agaknya juga, anda sudah boleh teka atau tidak mereka sudah pun memasuki fasa 30-an?
Adira – 19 September 1991
Pemilik nama lengkap Siti Adira Suhaimi kini sudah pun mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih sinonim disapa sebagai Datuk Red dan kini sudah mempunyai tiga cahaya mata.
Ain Edruce – 4 Ogos 1991
Hos dan pelakon ini sedang menantikan cahaya mata sulungnya bersama suami, Amirul Hafiz Mustaffa. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 22 Jun 2019.
Andi Bernadee – 30 November 1991
Kini aktif sebagai pelakon, Andi yang pernah bertanding menerusi program realiti, Big Stage musim pertama kini popular menerusi single, Penat dan Kais Pagi Kais Petang.
Dayana Roza – 1 Mei 1991
Pelakon yang baru mendirikan rumah tangga ini bakal mencecah usia 30 tahun Mei ini. Dia yang merupakan anak tunggal di dalam keluarga bertunang dengan A’dale Adham Ayahudin pada 5 Ogos 2020 sebelum melangsungkan perkahwinan pada 25 Disember 2020 lalu.
Alvin Chong – 23 Januari 1991
Bintang yang berasal dari Pulau Pinang mulanya dicungkil bakat menerusi program Astro Star Quest. Selain berlakon, Alvin turut aktif menyanyi.
Azira Shafinaz – 26 September 1991
Pelakon yang juga anggota kumpulan De Fam ini merupakan anak bongsu di dalam keluarganya. Kerjayanya dalam lakonan mulai menyinar selepas muncul di dalam drama Married Tapi Benci di samping Syafiq Kyle, beberapa tahun lalu.
Sumber, Foto: Wikepedia, Instagram Selebriti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Benda Ini Kalau Saya Komen Akan Disalah Tafsir, Serba Salah Dibuatnya,” – Yusof Haslam

Penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam enggan campur tangan berhubung spekulasi mendakwa anaknya, Syamsul bakal berkahwin lagi.
Memilih untuk tidak mahu mengulas lanjut, Yusof, 68, bahkan mengunci mulut kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
“Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terlibat.
“Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada kesemua pihak yang terlibat perlu bersemuka untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga anaknya, pemilik Skop Production itu bertegas, Syamsul sendiri yang seharusnya mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah berkenaan.
“Soal ini Syamsul yang perlu jawab, tiada keperluan untuk saya bertemu dengan pihak sana,” kata Yusof.
Dalam pada itu Yusof juga berharap anak sulungnya kuat menempuh kontroversi berkenaan ini kerana isu peribadi adalah biasa buat selebriti.
“Buat Syamsul saya harap dia kuat semangat dan jangan patah harapan. Terus berani berjuang dan jangan takut dengan masalah,” ujarnya.
Khabar angin perancangan perkahwinan Syamsul tercetus apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon veteran.
Biarpun tidak menulis nama, namun ada yang berteka-teki ia merujuk kepada Syamsul yang ketika ini berdepan konflik bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana susulan dakwaan kehadiran orang ketiga.
Terdahulu, Yusof menjadi tumpuan apabila hadir ke majlis pratonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul yang dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Yayan Ruhian dan Johan As’ari.
Syamsul bagaimanapun tidak hadir ke acara berkenaan.
Filem terbitan Studio Kembara itu bakal memasuki pawagam seluruh negara bermula 23 Jun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI