Selebriti popular, Janna Nick tampil menegur tindakan segelintir blogger yang didakwa menggunakan tajuk ‘panas’ membabitkan fizikal dirinya demi menarik perhatian.
Memohon mereka untuk mendapatkan sumber sahih selain tidak memanipulasi fikiran pembaca yang lebih gemar membaca tajuk semata-mata, Janna turut menjelaskan situasi sebenar yang belaku ketika keberadaannya pada acara promosi tayangan filem baru-baru ini.
“Kadang-kadang tak faham dengan penulisan sesetengah ‘blogger’. Kalau ye pun headline nak kejar clickbait. Make sure la sumber tu sahih dan tak manipulasi pemikiran pembaca. Jangan sampaikan benda yang salah. Orang kita pulak sejenis baca tajuk je.
“Video yang viral tu, video dari pembaca yang hadir ke acara tersebut. Peminat tu seorang perempuan dan dia bawa anak. Saya toleh ke belakang untuk melambai dan mengajak anak peminat tersebut untuk bergambar dengan saya.
“Bukan tayang bontot. Dah dari belakang memang la nampak punggung. Takkan nampak hidung pulak,” luahnya.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon Cari Aku Di Syurga itu menerusi Insta Stories, hari ni.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.