Pengunduran Yazmin Aziz yang sepatutnya bergandingan bersama Didi Astillah sebagai pasangan sepupu dalam Famili Duo musim keempat (FD4) disebabkan komitmen kerja yang tidak dapat dielakkan.

Penerbit Eksekutif FD4, Muhamad Sufian Che Isa, berkata pengunduran Yazmin daripada menyertai program realiti itu berlaku dua minggu lalu.

Kekosongan itu diisi oleh anggota kumpukan The Gadys, Thamiera Chan.

Muhamad Sufian menjelaskan, penukaran peserta itu berlaku selepas produksi TV3 membuat perbincangan bersama Didi.

“Yazmin kurang masa untuk memberi komitmen dalam FD4 ini. Jadi, bila kita berbincang dari kedua belah pihak, saya lebih baik untuk menukar dan ini atas persetujuan Didi juga. Jadi, kami terpaksa menukar duo itu untuk kelancaran program.

Ads

“Sewaktu sidang media diadakan pada 13 Oktober lalu, perkara ini masih dalam perbincangan, jadi belum ada kata putus.

“Akhirnya kami terpaksa ambil keputusan ini kerana daripada pihak produksi juga ada beberapa perkara sudah dirancang seperti promosi untuk setiap gandingan.

“Atas persetujuan kedua belah pihak, kami rasa lebih baik begini. Perkara itu masih boleh diatasi dan diteruskan dengan konsert minggu pertama walaupun masa agak kurang untuk Didi membuat persiapan,” katanya.

Ads

Muhamad Sufian berkata, pengunduran Yazmin tidak menyebabkan kerugian kepada produksi atau TV3, malah ia juga tidak berkait dengan masalah disiplin.

“Selepas pengunduran itu kita mencari pasangan baharu untuk Didi. Pasangan ini pula tidak boleh sebarangan, ia mestilah ada pertalian saudara dan sebagainya.

“Selepas kami berbincang, Didi mencadangkan Thamiera. Kemudian kami berbincang pula dengan Thamiera termasuk pihak pengurusannya sebelum masing-masing bersetuju.

Ads

“Tiada kerugian kepada pihak produksi dan pengunduran Yazmin juga tidak berkait dengan masalah disiplin, tapi ia lebih kepada komitmen jadual kerjanya,” katanya.

Didi dan Thamiera bersaing dengan lima pasangan lain iaitu Naqiu dan Joey Daud (sepupu), Shiha Zikir dan Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid dan Anne (adik-beradik), Salma Asis dan Ayie Elham (sepupu) serta Tomok dan Sharul Kamal (sepupu) sertq Didi Astillah dan Thamiera (sepupu).

Menerusi konsert minggu pertama FD4 semalam, Didi dan Thamiera menduduki tempat terakhir selepas mengumpul sebanyak 31.5 markah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI