Menginjak usia 33 tahun, pelakon Isyariana mengakui ada terfikir untuk mendirikan rumah tangga namun ia bukanlah fokus utama buat dirinya pada ketika ini.
Menurut Isyariana atau nama sebenar, Isyariana Che Azmi, 33, kegagalan rumah tangga ibu bapanya sedikit sebanyak memberi kesan buat dirinya yang mana dia melihat sendiri keadaan ibunya yang bangkit selepas melalui situasi tersebut.
“Saya percaya jodoh itu ada dan tidak menolaknya, kalau memang Tuhan sudah tetapkan dia, mungkin hati saya akan senang.
“Saya memang berdoa supaya tidak dipertemukan dengan seseorang yang bukan untuk saya.Kalau boleh saya tidak mahu berhadapan dengan penceraian tetapi perancangan Tuhan, siapa yang tahu,” katanya kepada MH.
Isyariana ditemui pada majlis sidang media dan tayangan episod pertama drama terbaharu lakonannya, Isteri Halal yang diadakan di Z Botanica by Nicksman, One Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Isyariana berkata dia tidak serik untuk bercinta sebaliknya mempunyai ‘trust issue’ yang mana menyebabkan mana-mana lelaki yang ingin mendekatinya pasti akan berlalu pergi sebelum hubungan mereka melangkah ke fasa seterusnya.
“Saya masih belum berkahwin bukan disebabkan takut teraniaya atau sebagainya. Cuma, mungkin saya sudah selesa dengan keadaan seperti sekarang ini.
Ads
“Tapi, masalah sebenarnya adalah saya susah hendak mempercayai seseorang lelaki itu. Kadang-kadang saya terpaksa mengambil masa lama untuk mengenalinya.
“Sehingga membuatkan dia rasa bosan dan berfikir saya tiada usaha untuk ke fasa seterusnya… jadi, akhirnya dia pun pergi,” katanya lagi.
Berkongsi mengenai ciri-ciri lelaki idamannya, Isyariana berkata dia mengimpikan jejaka yang bukan berlatar belakangkan industri hiburan selain si dia mestilah seorang yang tidak banyak bercakap.
“Saya mahu yang pendiam. Saya suka orang yang hanya bercakap perkara penting sahaja. Biar saya sahaja banyak bercakap.
Ads
“Selain itu, kalau boleh saya mahu elakkan individu yang bergelar selebriti,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai wataknya dalam Isteri Halal, Isyariana berkata dia teruja apabila pertama kali dapat bekerjasama di bawah syarikat produksi Radius One.
Menariknya, jalan cerita yang dibawakan drama itu mengetengahkan isteri teraniya yang cuba bangkit daripada suami yang berlaku curang terhadapnya.
“Ini merupakan kali pertama saya berlakon di bawah produksi Radius One, memang cukup teruja sebab dah lama memang nak berlakon dengan mereka.
“Saya pun suka dengan watak Adelia yang mana kali ini memperlihatkan watak isteri yang kembali bangkit bila diri dicurangi suami, lain daripada watak-watak baik yang pernah saya jayakan sebelum ini,” katanya lagi.
Isteri Halal yang diarahkan Uchee Fukada bakal memulakan siaran pada 27 Februari ini menerusi saluran Astro Ria (104).
Ia mengisahkan kisah hidup Adelia (Isyariana) yang meninggalkan keluarganya untuk berkahwin dengan Zayn (Aidit Noh), seorang lelaki daripada keluarga miskin.
Zayn kemudiannya bermain kayu tiga di belakang Adelia dengan menjalinkan hubungan sulit dengan sahabat baik Adelia sendiri iaitu Eyra, lakonan Uqasha Senrose.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Mia Ahmad berkongsi momen dirinya yang terpaksa ditahan ke wad selepas diserang Denggi, baru-baru ini.
Mia turut menambah, ujian kehamilannya kali ini bukanlah sesuatu yang mudah selain menyifatkan ujian kesihatan menjadi sesuatu yang cukup besar bagi dirinya.
“Pregnancy journey kali ni tak mudah. First trimester hari tu memang not easy for me. Morning sickness teruk, tak lalu makan. Tak boleh bau makanan, bau perfume, eh segala jenis bau lah.
“Diuji pula kena warded disebabkan denggi. Betullah orang cakap every pregnancy tu journey dia tak sama. Ujian masalah kesihatan ni sebenarnya lebih besar dari ujian masalah yang lain.
“Sebab kita nak solat pun jadi susah nak khusyuk, nak ibadah apa pun jadi ikhlas dengan tidak.
“Waktu ni lah teringat ruginya waktu sihat dulu tak beribadah sebaiknya. Bila sakit asyik ingat Allah. Nikmat sebenarnya tu tapi tulah saya ni insan yang lemah banyak rasa nak nangis je,” luahnya.
Mia bagaimanapun kini mendedahkan dirinya kini stabil dan selera makannya sudah kembali semula.
“Time ni jugalah teringat perngorbanan ibu kita. Mak-mak dulu beranak bukan satu dua ye macam manalah diorang hadap, hebat betul! Ya Allah, terimalah segala amalan ibuku sekecil-kecilnya dan sebesar-besarnya.
“Doakan saya dipermudahkan urusan pregnancy kali ni ya. Sekarang dah stable, kerja nak makan jelah pula, nak makan tapi kena sekat,” tulis Mia yang kini usia kehamilannya sudah memasuki minggu ke-22.
Sekadar informasi, Mia mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Mohd Izham Tarmizi pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Salah seorang anggota kumpulan M-Pop, Dolla iaitu Syasya, atau nama sebenar Noor Syasya Afiqah Shahrizal, 23, mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut atas sebab peribadi.
Dolla yang ditubuhkan pada tahun 2019 di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia, mula mencuri perhatian peminat muzik tempatan dengan single pertama mereka ‘DOLLA Make You Wanna’, empat tahun lalu.
Kini, mereka sukses mengeluarkan enam single solo, termasuk hits seperti Impikan, BAD, dan satu album penuh berjudul New Classic pada November 2023.
Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim menerusi kenyataan media berkata, walau pihaknya rasa berat hati menerima keputusan Syasya, namun menghormati pendiriannya.
Sementara itu, tiga lagi ahli Dolla iaitu Angel, Sabronzo dan Tabby, tetap meneruskan perjuangan seni mereka.
“Tentulah kami berasa sedih dengan perkembangan ini, tapi kami sudah sepakat akan memberikan sokongan penuh kepada Syasya walau apa jua keputusan beliau”, ujar Tabby mewakili Dolla.
Baru-baru ini, kumpulan berkenaan telah dipilih untuk mewakili Malaysia dalam satu rancangan baharu di China iaitu Show It All yang turut menampilkan Lay Zhang, ahli kumpulan EXO sebagai penerbit eksekutif.
Kenyataan berkaitan turut dimuat naik menerusi hantaran di Instagram rasmi Dolla.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon Datuk Awie mendoakan yang terbaik buat rakannya, Erra Fazira dan mengakui kuat sekiranya benar dia dikatakan sudah putus cinta.
Pada masa sama, dia turut mendoakan aktres tersebut dan yang lainnya berjaya dunia akhirat.
Bagaimanapun menurut Awie, dia tidak pasti sama ada Erra benar-benar putus cinta atau tidak.
“Putus cinta? Betul ke? Korang memandai-mandai je. Kalau bercinta, Alhamdulillah. Soal jodoh ini sebenarnya di tangan Allah. Tapi kalau putus pun, itu kehendak Allah.
“Saya percaya Erra kuat dan dia akan temui jalan dia sendiri nanti. Sebagai seorang sahabat dan rakan, saya sentiasa mendoakan yang terbaik.
“Saya juga sentiasa mendoakan buat rakan-rakan yang lain supaya mereka turut berjaya di dunia dan akhirat,” Katanya kepada MH.
Terdahulu, Awie ditemui pada majlis tayangan filem Bikers Kental 2 yang diadakan di TGV Sunway Velocity Mall. Filem hebat itu akan menemui penonton di seluruh panggung wayang di Malaysia pada 14 Mac depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Datuk Awie, meluahkan rasa gembira atas perkembangan hubungan sahabat baiknya, Erra Fazira, yang kini dikatakan semakin rapat dengan usahawan Ezwan Zain atau lebih dikenali sebagai 'Mr. E'.