Seorang atlet renang muda Sarawak yang dipercayai mengalami kemurungan ditemui mati oleh ibunya di kediaman mereka di Tabuan Laru, Sarawak, pada Khamis.
Suara Sarawak yang dipetik dari Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, mangsa dikenali sebagai Ayrton Lim, 19, didapati tidak sedarkan diri di bahagian ruang tamu rumahnya.
“Pasukan paramedik bergegas ke lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Menurut ibu mangsa, mangsa mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu Awang Din berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur-unsur jenayah.
Ads
Ketika kejadian, ibu mangsa tiada di rumah kerana menjemput adiknya pulang dari sekolah.
Mangsa sebelum ini pernah mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (Sukma) dan dikatakan baru pulang menjalani latihan di Singapura.
Ads
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Terdahulu, beberapa jam sebelum atlet berkenaan ditemui mati, Aryton Lim dipercayai ada memuat naik satu IG Story yang mungkin menjadi posting terakhir, iaitu;
Ads
“It has been a wonderful 19 years, and i’m grateful if you’re part of it :)Thank you.”
Menjengah ke ruangan komen di Instagram juga, para peminat turut memberikan dedikasi terakhir selain tumpang sedih atas berita kematian atlet muda berbakat itu.
Foto: Instagram Aryton Lim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Naim Daniel tiada masalah dengan trend segelintir pelakon masa kini yang gemar menayang bentuk badan sasa sebagai konten atau pengisian kandungan di media sosial.
Menurut Naim, setiap orang mempunyai cara untuk mengekspressikan diri sendiri namun janganlah bertindak secara keterlaluan.
Berbalik kepada niat, penyanyi lagu Sumpah ini turut berpandangan para pelakon ini juga perlu menunjukkan pencapaian dan bukan sekadar mempamerkan otot badan semata.
“Mungkin itu yang dimahukan oleh peminat-peminat mereka. Namun, ketika ini, kita sendiri pun tahu apa konten-konten yang kita sajikan buat peminat.
“Selain imej diri sendiri, imej di media sosial juga harus dijaga. Nak belanja sangat pun kalau produk tiada, tak guna juga.
“Apa-apapun kita kena sedar diri ini famous sebab apa? Jangan sekadar tayang badan sahaja, kena ada pencapaian juga,” katanya kepada MH.
Naim berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media dan tayangan perdana drama Projek; Exit, baru-baru ini.
Katanya lagi, jika kita melihat perkara ini daripada sudut pandang positif, mereka secara tidak langsung telah memberikan contoh buat masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat.
“Pada saya, para pelakon atau penghibur harus punyai badan yang sihat. Kalau kita bersenam tanpa henti tapi ambil bahan terlarang, tak guna juga.
“Dahulu, saya juga gemar tayang badan tapi fasa itu telah berlalu. Namun, saya masih lagi aktif bersenam untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
“Dalam bidang pekerjaan seperi anak seni dan media, waktu kerja kita tidak menentu. Hari cuti pun kita kena kerja. Apa-apapun, jagalah kesihatan,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Naim turut percaya sebagai pempengaruh, kita mempunyai tanggungjawab untuk menyebarkan perkara-perkara positif di media sosial.
“Pada saya, trend yang mengajak orang ramai ke arah gaya hidup sihat ini sangat baik. Kita ambil contoh sukan berlari, saya sokong aktiviti itu.
“Bila kita tengok mereka berlari, kita juga jadi terinspirasi. Lebih baik promosi konten-konten sebegitu daripada yang entah apa-apa,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan komposer, Ryan Deedat, 31, tidak mahu terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga meski akui sudah mempunyai teman istimewa yang juga model Muslimah.
Ryan atau nama sebenarnya, Sheikh Eamir Deedat berkata, dia lebih senang untuk mengukuhkan status kewangan dan mengumpul aset terlebih dulu sebelum ‘menjaga’ anak orang.
Ini kerana, dia tidak mahu terjerat dengan bebanan hutang dalam melayari bahtera rumah tanga.
“Saya memang bersedia untuk bergelar suami cuma kalau boleh, biarlah kewangan saya kukuh terlebih dahulu. Sebelum ini, ada rakan terdekat yang sanggup meminjam wang kerana mahu berkahwin.
“Memburukkan keadaan, dia menggunakan khidmat pinjaman tak bertauliah sekaligus terjerat dengan masalah lain pula. Lain orang lain ceritanya, namun saya selesa dengan apa yang saya lakukan sekarang.
“Berdasarkan kepada situasi itulah, ia membuatkan saya lebih peka dalam hal melibatkan soal pengurusan wang, lebih-lebih lagi sebelum menamatkan zaman bujang,” katanya.
Ryan berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Lulus.my di Setia Alam, Selangor, baru-baru ini.
Menyedari kepentingan pengurusan kewangan dengan sistematik, Ryan bersama Lulus berperanan untuk memberikan informasi yang berguna kepada orang ramai agar hidup bebas hutang.
“Sebagai seorang pelajar sarjana pengurusan perniagaan, saya cakna dengan perkara ini, lebih-lebih lagi apabila ada teman sendiri yang mengalami masalah sedemikian.
“Jadi fokus Lulus.my adalah untuk menyediakan satu jalan penyelesaian yang efektif kepada individu yang terkesan dengan kemelut kewangan dan hutang.
“Setiap individu berhak untuk mendapat peluang kedua dan kembali menjalani kehidupan yang lebih baik dengan mencapai kestabilan dan kebebasan kewangan.
“Mereka menyediakan perkhidmatan yang komprehensif termasuk penyatuan hutang, pembiayaan semula rumah dan pembaikan kredit terutamanya kepada kakitangan awam, GLC dan juga kakitangan bank terpilih serta membersihkan rekod senarai hitam CCRIS dan CTOS, saman serta isu berkaitan kebankrapan,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengarah Urusan Lulus.my iaitu Hasrul Syafiq berkata, pasukan mereka terdiri daripada bekas kakitangan bank yang mempunyai pengalaman meluas dalam pengurusan kredit dan hutang.
“Dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan, kami dapat membantu orang ramai melalui strategi dan jalan penyelesaian yang holistik dan mengikut kesesuaian kepada cabaran kewangan individu tersebut.
“Selain itu, kami juga memberi ilmu pengetahuan tentang pengurusan kewangan dan hutang untuk membantu rakyat Malaysia sebagai persediaan bagi menghadapi sebarang cabaran kewangan pada masa akan datang.
“Bersama Ryan, kami turut optimis menawarkan penerangan secara ‘edutainment’ kepada masyarakat, yang merupakan satu kaedah baharu untuk memberi informasi berguna secara komprehensif,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Ungku Ismail Aziz, 36, memaklumkan keadaan, Nad Zainal, 32, yang kini masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri, Selangor, lebih balik berbanding malam Isnin.
Khabar tersebut dikongsikan Ungku Ismail menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Insta Stories, sebentar tadi.
Menerusi status sama, dia turut meminta ramai untuk terus mendoakan kesembuhan buat pelakon Cina Buta itu.
“Assalamu’alaikum semua. Nad Zainal kini masih berada dalam pemulihan yang intensif, namun Alhamdulillah, ada perubahan yang positif hari demi hari. TabaarokAllah.
“Mewakili keluarga, rakan-rakan dan semua yang menyayangi Nad, terima kasih atas doa semua yang sentiasa mendoakan dia.
“Saya pohon agar kita terus mendoakan dia agar kembali sembuh dengan keadaan paru paru terbaik seperti biasa,” tulisnya.
Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian Ungku Ismail yang memaklumkan Nad berada dalam kritikal.
Pelakon itu terpaksa ditidurkan selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berdarah.
Difahamkan, Nad,32, pernah dijangkiti Covid-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk.
Manakala pada awal petang Rabu rakan baik Nad yang juga pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad disyaki mengalami penyakit autoimun dan perlu diberikan pemantauan rapi sebagaimana dimaklumkan doktor.
Bagaimanapun pada Khamis, bekas suami kepada Nad, Faliq Amiruddin,34, memaklumkan keadaan aktres ini kini semakin balik berbanding sebelumnya.
Menerusi laporan Harian Metro itu, Faliq menjelaskan dia tidak mahu terlalu selesa dengan situasi tersebut dan meminta semua pihak terus mendoakan kesembuhan bekas isterinya itu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!