Demikian reaksi penyanyi Misha Omar sebagai mengulas berita yang memaparkan penyanyi wanita terkenal Kelantan ditahan bersama lima yang lain selepas dipercayai memiliki dadah jenis pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, awal pagi semalam.
Menurut Misha, ramai yang menghantar artikel berkenaan kepadanya selain bertanya keadaannya ketika ini.
“Guys, terima kasih pada yang forward kat Kak Mitch (panggilan Misha) and asking Kak Mitch okay ke tak?
“It wasnt me guys, jangan risau ok?,” jelasnya menerusi status yang dikongsikan di Insta Stories, pada Sabtu.
Ads
Misha yang juga anak jati Kelantan cukup popular menerusi barisan lagu pop dan balada, antaranya Bunga-Bunga Cinta, Pulangkan, dan Masihkan Ada Rasa Itu.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan enam rakyat Malaysia, termasuk seorang artis wanita, ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok, Thailand, awal pagi semalam.
Kesemua mereka berusia 25 hingga 32 tahun, ditahan jam 6.00 pagi (waktu Malaysia) di sebuah bilik selepas selesai berhibur.
Ads
Menerusi tangkapan yang dilakukan, polis Thailand turut merampas 6,000 biji pil kuda.
Difahamkan, dua daripada mereka masuk ke Thailand menggunakan pangkalan haram manakala empat lagi masuk menerusi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.
Sumber berkata, kesemuanya dikatakan ke hotel berkenaan untuk berhibur sempena cuti umum Deepavali.
“Dua lagi lelaki yang identiti mereka tidak dikenali bagaimanapun dapat melarikan diri sejurus bilik berkenaan diserbu.
Ads
“Wanita yang ditahan itu adalah artis tempatan Kelantan,” katanya.
Menurut sumber, kesemua individu terbabit akan dibawa ke Mahkamah Narathiwat untuk direman.
Selain itu, turut difahamkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kelantan turut sudah dimaklumkan berkaitan penahanan enam rakyat Malaysia dari Kelantan itu.
Usaha untuk mendapatkan kenyataan Ketua Polis Kelantan masih dijalankan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sejak kebelakangan ini, peningkatan gejala demam terhadap kanak-kanak sememangnya merisaukan para ibu bapa.
Memetik laporan Kosmo Online, kebanyakkan wad-wad di hospital juga kini dikhabarkan penuh berikutan peningkatan kes influenza yang ketara di beberapa buah negeri di Malaysia.
Kebimbangan ini turut disuarakan oleh pelakon, Mia Ahmad.
Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, pembelajaran anaknya dikhabarkan sedikit terganggu kerana terpaksa kerap bercuti berikutakan keadaan kesihatannya yang tidak menentu.
“Demam bersilih ganti anak-anak pun. Seminggu sekolah lepastu sakit, tak pergi sekolah pula,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi menerusi sebuah hantaran di Instagram stories.
Malah, dia juga terkilan dengan sikap segelintir ibu bapa yang masih menghantar anak-anak mereka ke sekolah meskipun dalam keadaan yang demam.
Katanya lagi, sikap mengambil mudah ini mampu memudaratkan anak-anak lain.
“Tengok ibu bapa hantar anak-anak hingus dah hijau pun pergi sekolah. Tolong kesiankan anak-anak yang lain.
“Jangan sebab tiada pilihan nak pergi kerja kena hantar juga. Kita sentiasa ada pilihan,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini berharap agar para ibu bapa dapat lebih peka dan tidak mementingkan diri sendiri lebih-lebih lagi bila melibatkan isu mengenai kesihatan anak-anak.
Sekadar informasi, Mia dan Izham telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Januari 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut , pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata yang diberi nama Sayf Issa, 4 tahun dan Iris yang kini baru berusia 2 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mia Ahmad & Kosmo Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos, Alvin Chong ada memuat naik satu rakaman video berdurasi hampir tiga minit di akaun Instagram miliknya.
Menerusi rakaman video yang dikongsikan itu, pelakon drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini dilihat sedang bersahur untuk menjalani hari pertama ibadah puasa.
Meski bukan beragama Islam, Alvin memberitahu, dia cuba usaha melakukan perkara tersebut sebagai menghormati orang Islam yang berpuasa di bulan penuh kemuliaan ini.
“Saya bukan Islam tapi saya cubalah puasa untuk menghormati orang Islam. Ini buah kurma pada siapa-siapa yang tak tahu, bukan Islam ke, Cina ke, India ke.
“Saya suka buah kurma, terutama sekali susu kurma. Jadi kita sama-sama puasa, tahan eh?
“Siapa nak pergi tidur pergilah tidur tapi jangan tinggal solat okey?” katanya.
Pelakon berpengalaman, Nor Khiriah meluahkan rasa sebak dan gementar saat melakonkan babak di dalam liang lahad untuk drama Seribu Tahun, sebelum ini.
Menurut Khiriah, babak...