Baru-baru ini, video yang berkongsi jumlah perbelanjaan bulanan seseorang menerusi aplikasi Tik Tok menjadi antara trend yang hangat diperkatakan di media sosial.

Ada yang turut mencuba cabaran tersebut termasuklah anak kepada pelakon senior, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona.

Bagaimanapyn, video tersebut difahamkan mengundang reaksi pelbagai pihak hingga ada yang mengkritik kerana menyifatkan Leona seolah-olah tidak sensitif dengan situasi semasa.

Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Leona menerusi beberapa hantaran di laman Twitter tampil menjelaskan mengenai tindakannya itu.

Menurut Leona, segala perbelanjaan tersebut merupakan hasil usahanya sendiri dan bukanlah daripada wang pemberian daripada kedua ibu bapanya.

IKLAN

“I’m pretty sure I’ve said this a few times but it’s 100% my own money I earned myself and my parents don’t give me allowance anymore.

“I don’t think I need to justify my spendings and this was a trend on tiktok which I did not start,” tulisnya.

IKLAN

Sementara itu, Leona turut memohon maaf sekiranya videonya itu ada menyinggung hati mana-mana pihak.

IKLAN

“I acknowledge that my tiktok came off as tone deaf and i apologise for that. I took it down yesterday after realising but yeah, if you were uncomfortable by it, im sorry,” katanya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Leona supaya usah mempedulikan komen-komen negatif tersebut.

“It’s 100% My Own Money I Earned Myself,” – Kasih Iris Leona Dikritik Sebab Tunjuk Jumlah Perbelanjaan Bulanan Di Tik Tok? Anak Azhar Sulaiman Mohon Maaf “It’s 100% My Own Money I Earned Myself,” – Kasih Iris Leona Dikritik Sebab Tunjuk Jumlah Perbelanjaan Bulanan Di Tik Tok? Anak Azhar Sulaiman Mohon Maaf

“It’s 100% My Own Money I Earned Myself,” – Kasih Iris Leona Dikritik Sebab Tunjuk Jumlah Perbelanjaan Bulanan Di Tik Tok? Anak Azhar Sulaiman Mohon Maaf
Foto: Twitter Kasih Iris Leona

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI